Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PARLIMEN

9 daripada 10 individu kerja sendiri penuhi tuntutan sumbangan Medisave

Aug 03, 2021 | 05:30 AM



SEMBILAN daripada 10 individu yang bekerja sendiri telah memenuhi tuntutan sumbangan MediSave bagi Skim Tambahan Pendapatan Daya Kerja (WIS) serta menerima bayaran WIS.



Ini berdasarkan perangkaan terkini bagi tahun bekerja 2018, dedah Menteri Negara Kanan (Tenaga Manusia), Encik Zaqy Mohamad di Parlimen semalam.



Perangkaan penuh jumlah individu yang bekerja sendiri menerima WIS bagi tahun bekerja 2019 dan 2020 belum tersedia lagi.



Ini memandangkan mereka mempunyai sehingga 31 Disember 2021 dan 31 Disember 2022 untuk membuat sumbangan MediSave yang diperlukan.



Encik Zaqy menjelaskan golongan yang bekerja sendiri hanya perlu membuat sumbangan kepada akaun MediSave mereka selepas mengisytiharkan pendapatan mereka di akhir tahun bekerja.



Mereka juga mempunyai sehingga dua tahun untuk berbuat demikian.



Beliau memberi penjelasan itu bagi menjawab pertanyaan Anggota Parlimen (AP) Parti Pekerja (WP), Encik Leon Perera (GRC Aljunied), yang ingin tahu jumlah golongan bekerja sendiri yang layak menerima WIS tetapi tidak menerimanya kerana kekurangan sumbangan MediSave.



Encik Perera turut bertanya jika pemerintah akan menimbangkan konsesi untuk golongan itu dengan menurunkan kelayakan MediSave, disebabkan oleh krisis Covid-19.



Menjelaskan lanjut, Encik Zaqy berkata:



"Dalam masa tempoh dua tahun, mereka boleh memilih cara pembayaran yang paling bersesuaian dengan keadaan mereka. Mereka boleh bayar pukal atau secara bulanan menerusi Giro.



"Lembaga CPF juga fleksibel dalam membantu mereka yang menghadapi kesukaran kewangan seperti mengurangkan bayaran bulanan dengan mengaturkan bayaran Giro atau menangguhkan bayaran bulanan."



Menurut beliau, pihak berkuasa juga akan menimbangkan rayuan berdasarkan setiap kes.



"Kami akur yang ini adalah tempoh yang sukar.



"Individu bekerja sendiri yang mengalami kehilangan pendapatan yang signifikan dan memerlukan bantuan kewangan boleh memohon untuk Geran Pemulihan Covid-19 (CRG) atau Geran Pemulihan Covid19 (Sementara) (CRG-T) di bawah Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF)," tambahnya.



Selain itu, pemandu teksi dan kereta sewa privet juga menerima sokongan kewangan tambahan di bawah Dana Bantuan Pemandu Covid-19 (CDRF), kelolaan Penguasa Pengangkutan Darat (LTA), tambah Encik Zaqy.



WIS menokok pendapatan pekerja bergaji rendah, bagi kededua mereka yang makan gaji dan individu bekerja sendiri.



Golongan bekerja sendiri boleh menerima sehingga $2,667 setahun.



Memandangkan WIS adalah skim yang tetap, satu tuntutannya ialah pemohon harus menyumbang kepada CPF bagi memastikan pekerja terus bertanggungjawab di atas keperluan persaraan dan jagaan kesihatan jangka panjang dalam masa mereka menerima bantuan pemerintah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >