Subuh
5:36
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

9 kes baru Covid-19 di S'pura, tiada dalam masyarakat

Dec 04, 2020 | 05:30 AM



LAGI sembilan kes koronavirus dilaporkan di Singapura sehingga 12 tengah hari semalam, menjadikan kes koronavirus itu di sini sebanyak 58,239.



Antaranya ialah lapan kes import dan kesemua pesakit telah dikenakan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) setibanya mereka di sini, kata Kementerian Kesihatan (MOH).



Baki satu kes ialah kes dari dormitori pekerja asing.



Tiada kes dalam kalangan masyarakat dilaporkan.



Kelmarin, hanya dua kes import dilaporkan.



Antaranya ialah seorang wanita Penduduk Tetap (PR) berusia 52 tahun yang baru kembali dari India.



Lagi seorang ialah seorang pemegang pas permit berusia 32 tahun yang tiba dari Indonesia.



Kedua-dua pesakit dikenakan SHN di kemudahan khusus setibanya di Singapura.



Mereka tidak menunjukkan simptom dan diuji positif ketika menjalani tempoh kuarantin.



Sementara itu, dua masjid telah ditambah ke senarai tempat-tempat yang dikunjungi pesakit Covid-19 ketika masih dalam peringkat berjangkit.



Kunjungan tersebut berlaku di Masjid Temenggong Daeng Ibrahim di Telok Blangah Road pada 19 November dan di Masjid Ahmad di kawasan West Coast pada 20 November, kata MOH dalam kenyataannya.



MOH menyediakan senarai penuh lokasi dan masa yang dikunjungi pesakit Covid-19 yang berjangkit sekurang-kurangnya 30 minit di lamannya supaya mereka yang berada di tempat-tempat itu pada masa yang tersebut memantau kesihatan mereka dengan teliti selama dua minggu dari tarikh mereka berada di sana.



Menurut MOH, kontak rapat pesakit itu sudah diberitahu dan orang ramai tidak perlu menghindari tempat-tempat tersebut kerana ia telah dibersihkan jika perlu.



Jumlah kes baru dalam kalangan masyarakat kekal rendah dengan lima kes yang tidak berkaitan minggu lalu, tambah MOH.



Dengan lima kes dibenarkan pulang kelmarin, ini bermakna 58,129 pesakit sudah pulih daripada virus Covid-19 di sini.



Sebanyak 28 pesakit yang berada di hospital kelmarin, 29 masih pulih di kemudahan masyarakat dan tiada di unit jagaan rapi.



Singapura telah mengalami 29 kematian akibat komplikasi virus Covid-19, sementara 15 lagi yang positif didapati meninggal dunia disebabkan oleh punca lain.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >