Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

9 lelaki didakwa pandu laju sehingga 155km/j di CTE

Dec 01, 2022 | 05:30 AM



SEMBILAN lelaki berusia antara 25 dengan 38 tahun didakwa di mahkamah semalam kerana memandu di Ekspreswe Sentral (CTE) dengan kelajuan tinggi yang boleh menyebabkan bahaya kepada pengguna awam.



Mereka didakwa memandu secara berkumpulan dengan mencapai kelajuan 137 kilometer sejam (km/j) hingga 155 km/j, lapor The Straits Times.



Kesemua yang didakwa itu ialah Sean Choong Zhi Hong, 38 tahun; Kenneth Fu Yongli, 32 tahun; Louis Lee Ren Jun, 26 tahun; Oh Jia Fu, 27 tahun; Lincoln Peh Wei Qiang, 26 tahun; Lim Yu Shun, 28 tahun; Brian Anthony Yap, 25 tahun; Ian Khoo Ye Siang, 27 tahun; dan Daryl Ang Qi Hao, 27 tahun.



Tiga daripada mereka iaitu Choong, Fu dan Lee sebelum ini pernah disabit atas kesalahan serupa.



Mereka akan didakwa menjadi pesalah berulang dan bakal menerima denda lebih serius jika didapati bersalah.



Polis menerima panggilan mengenai beberapa kenderaan yang dipandu dengan laju dan memotong pengguna lain secara bahaya di CTE sekitar 2 pagi pada 27 Februari lalu.



Menerusi kamera penguatkuasaan dan rakaman kamera litar tertutup, Polis Trafik mengenal pasti pemandu tersebut dan memberkas seramai 16 lelaki pada 9 Mac atas dakwaan terlibat dalam perbuatan tersebut, kata polis kelmarin.



Polis berkata: "Polis trafik menganggap perbuatan berbahaya di atas jalan raya boleh mengancam nyawa pengguna jalan raya lain dan akan terus mengambil tindakan penguatkuasaan yang tegas terhadap pemandu yang tidak patuh pada peraturan."



Mereka yang disabit kesalahan memandu secara berbahaya boleh didenda sehingga $5,000 atau dijel sehingga setahun.



Bagi mereka yang mengulangi kesalahan tersebut, denda maksimum akan ditambah seganda.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >