HAMPIR semua orang yang mengambil penilaian mandatori untuk menggunakan skuter elektrik (e-skuter) dan basikal yang menggunakan kuasa (PAB) mereka di tempat awam sejauh ini telah lulus ujian itu.
Penguasa  Pengangkutan Darat (LTA) berkata hingga 5 petang Khamis (1 Julai), sekitar 96 peratus daripada 177 orang telah mendapat markah cukup untuk menerima pensijilan mereka.
Pendaftaran untuk ujian itu bermula pada Rabu dan ujian bermula pada Khamis.
Pengguna e-skuter dan PAB harus lulus ujian menjelang hujung tahun ini untuk terus menggunakan alat-alat itu di tempat awam.
Lebih 1,900 penunggang telah mendaftar untuk ujian itu sejauh ini.
Mereka mesti mendapat keputusan sekurang-kurangnya 80 peratus dalam ujian itu, yang bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai peraturan mobiliti aktif, kod tingkah laku dan amalan menunggang selamat.
Mereka yang lulus akan menerima sijil digital tanpa tarikh luput.
Pada akhir Mei, terdapat 6,671 e-skuter berdaftar dan 31,660 PAB berdaftar di Singapura.
Mulai tahun depan, mereka yang ditangkap menunggang tanpa sijil itu boleh didenda hingga $2,000 atau dipenjara selama enam bulan atau kedua-duanya atas kesalahan pertama.
Pesalah berulang boleh dikenakan denda hingga $5,000 atau dipenjara selama 12 bulan atau kedua-duanya.
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
1/3
Tutup Kuiz
27
0
96% pengguna e-basikal dan e-skuter lulus ujian teori wajib baru: LTA
Jul 01, 2021 | 10:26 PM