Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

97 orang disiasat sebab berkumpul di kedai konsep KTV tidak berlesen

Feb 19, 2022 | 04:32 PM



Polis sedang menyiasat 97 orang, termasuk empat pelayan dari China, kerana tidak mematuhi langkah jarak selamat di sebuah lokasi berkonsep KTV di Syed Alwi Road.



Pada 15 Februari lalu, polis telah menjalankan pemeriksaan ke atas sebuah kedai yang bertukar menjadi cawangan makanan dan minuman(F&B) di sebuah rumah kedai di Little India.



Mereka menjumpai 60 lelaki dan 37 wanita - berusia di antara 24 tahun dengan 65 tahun - berkumpul di sebuah cawangan berkonsep KTV tidak berlesen, yang terselindung di sebalik pintu disekat, kata polis pada Sabtu (19 Feb). 



Siasatan lebih lanjut mendedahkan terdapat 22 bilik karaoke, di bahagian tingkat atas unit rumah kedai  tiga tingkat itu. Bilik itu dilengkapi dengan antara lain sistem karaoke, televisyen dan alat pembesar suara. 



Daripada 97 orang itu, empat adalah warga China yang berusia di antara 33 tahun dengan 48 tahun dan disyaki merupakan pelayan. Salah seorang daripada mereka diuji positif bagi Covid-19 menerusi Ujian Antigen Pantas, jelas pihak polis. 



Kesemua empat wanita itu yang bercampur gaul dengan pelanggan, telah diberkas di atas kesalahan di bawah Akta Pengambilan Pekerja Asing. 



 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >