Subuh
5:48
Syuruk
7:05
Zuhur
1:10
Asar
4:16
Maghrib
7:14
Isyak
8:22

Tarawih kolong blok, dewan: Muis timbang beri izin dianjur sebilangan kariah

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Tarawih kolong blok, dewan: Muis timbang beri izin dianjur sebilangan kariah

Mar 19, 2023 | 07:23 PM

Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) sedia menimbangkan untuk memberi keizinan kepada sebilangan kariah untuk meneruskan penganjuran solat tarawih di kolong blok dan dewan serba guna.

Ini memandangkan ada sebilangan kumpulan itu yang atas alasan mendesak masih tidak dapat membatalkan urusan tarawih tersebut.

Dalam satu kenyataan pada Ahad petang, Muis menyatakan kumpulan kariah yang terbabit itu boleh menghubungi pegawainya, Pengarah Kanan Sektor Satu Masjid, Encik Zaini Osman, untuk membuat pengaturan yang diperlukan.

Pada Rabu lalu, Muis menyatakan bahawa terdapat ruang mencukupi di masjid setempat, justeru solat tarawih di kolong blok dan dewan serba guna tidak akan dianjurkan pada Ramadan ini.

Beberapa kumpulan kariah telah pun membuat persiapan. Muis telah memohon maaf kepada kumpulan kariah yang terjejas.
 

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3