Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Aaron Aziz sebar mesej Dadah Itu Haram

Feb 21, 2022 | 05:30 AM



MESKIPUN jadualnya sibuk dengan pelbagai projek, pelakon terkenal kelahiran Singapura, Aaron Aziz, tetap meluangkan masa untuk berkongsi pengalamannya dalam satu acara kempen Dadah Itu Haram semalam.



Beliau tampil menerusi wadah Zoom dalam acara pendekatan belia yang dinamakan Kehidupan Ini Terlalu Berharga, yang berlangsung secara fizikal dan menerusi dalam talian.



Acara itu dianjurkan Masjid An-Nur dengan kerjasama Biro Narkotik Pusat (CNB).



Aaron giat menyumbang kepada kempen antidadah di sini antara lain dengan menyebarkan mesej bahaya dadah dan mendampingi bekas penagih supaya jauhi dadah sejak beberapa tahun lalu.



Sebelum ini, beliau juga antara lain pernah menyertai sesi pertemuan Inspirasi, salah satu program di bawah kempen Dadah Itu Haram yang menghimpunkan penyalah guna dadah yang menjalani program pemulihan, untuk menyampaikan kata-kata nasihat dan motivasi kepada pesalah dadah di rumah peralihan itu.



Selain Aaron Aziz, acara semalam yang dihadiri Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim, selaku tetamu terhormat turut disertai Pegawai Pembangunan Belia Masjid An-Nur, Ustaz Md Lutfi Zulkifli; pegawai CNB, Encik Idrus Shaaban; dan seorang bekas pesalah dadah yang kini berbakti sebagai pendamping di bawah perkhidmatan Pusat Khidmat Penjagaan Berterusan bagi Pesalah dan Keluarga (Fitrah), Cik Susanty Yaakop, yang berkongsi pengalaman masing-masing.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >