Subuh
5:36
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Acara berkaitan kerja sehingga 1,000 orang dibenarkan mulai 3 Jan, namun tiada makanan, minuman dibenarkan

Jan 01, 2022 | 05:29 PM



MULAI Isnin (3 Jan), syarikat akan dibenarkan mengadakan acara berkaitan kerja yang membabitkan sehingga 1,000 orang, kenaikan besar daripada had sekarang iaitu 50 peserta.

Namun acara itu mesti mewajibkan pemakaian pelitup, tidak boleh menyediakan makanan atau minuman – tidak seperti acara yang kurang daripada 50 peserta.

Peserta juga harus umumnya tidak banyak bergerak dan tertakluk kepada Langkah Pengurusan Selamat Berdasarkan Status Vaksinasi (VDS).





Penganjur juga mesti memastikan peserta dibahagikan kepada beberapa zon dengan sehingga 100 orang bagi setiap zon, dengan jarak dua meter antara zon.

Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) dan Menteri Tenaga Manusia (MOM) pada Sabtu (1 Jan) mengumumkan kelonggaran bagi acara syarikat itu dalam satu kenyataan, satu lagi petanda Singapura sedang beralih kepada tahap hidup dengan Covid-19.

Mereka menyatakan perubahan itu akan memberi pihak perniagaan lebih fleksibiliti untuk menganjurkan acara berkaitan kerja yang mungkin memerlukan lebih ramai peserta, seperti acara pertemuan dalam kalangan kakitangan atau majlis pemberian anugerah.





Pada masa sama, penganjur mesti memaklumkan pihak berkuasa tentang acara tersebut terlebih dahulu melalui borang dalam talian.

Pemeriksaan mengejut akan dijalankan dan tindakan penguatkuasaan akan diambil terhadap mereka yang melanggar peraturan.

Baca laporan penuh di Berita Harian esok.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >