Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Acara President's Star Charity jaya kumpul $10.9j

Oct 13, 2021 | 05:30 AM



ACARA amal President's Star Charity tahun ini berjaya mengumpul $10,902,409 malam Ahad lalu.



Kutipan itu lebih tinggi daripada jumlah yang dikumpul tahun lalu iaitu sebanyak $10,423,381, demikian menurut penganjur Mediacorp.



Konsert amal itu adalah acara tahunan mengumpul dana oleh Mediacorp di bawah Cabaran Presiden, kempen tahunan yang dimulakan pada 2000 oleh presiden ketika itu, Encik S R Nathan, untuk menyokong sektor perkhidmatan sosial.



Bertemakan 'Love Connects' (Cinta Menghubungkan), rancangan itu dihoskan Rebecca Lim dan Nurul Aini.



Rancangan tahun ini, menampilkan penyanyi tempatan Stefanie Sun, penyanyi dan penulis warga Britain Calum Scott dan kumpulan perempuan dari Malaysia, DOLLA.



Ini termasuk persembahan kerusi roda remaja berkeperluan khas, Jerimah Liauw, 15 tahun, dengan Zoe Tay dan Zhang Ze Tong; lukisan kanvas interaktif bersama selebriti Azura Goh, Hong Lin dan Joshua Marc, dan pelukis mulut William Ngo; dan persembahan oleh Taufik Batisah bersama lima pemuzik dari Beautiful Mind Charity.



Persembahan lain acara itu termasuk segmen menandatangani lagu tema PSC 'Believe' oleh tetamu terhormat Presiden Halimah Yacob dan suaminya, Encik Mohamad Abdullah Alhabshee, ketika cabaran President's Star Charity.



Dalam satu catatan di Facebook Ahad lalu, Puan Halimah berkata:



"Tema tahun ini bertujuan mengumpulkan semua orang bagi membina masyarakat yang lebih inklusif secara digital dan juga untuk menyumbang dan pemperkasa golongan yang lebih memerlukan.



"Cabaran Presiden akan menyokong usaha memperkasa golongan yang memerlukan dengan peralatan digital, kemahiran dan ketersambungan, supaya mereka tetap aktif secara sosial dan ekonomi."



Menggesa warga Singapura agar menyokong usaha Cabaran Presiden, beliau berkata:



"Cabaran Presiden akan menyokong sebanyak 93 agensi dari pelbagai sektor termasuk penjagaan kesihatan, orang tua, orang kurang upaya, keluarga dan belia, sukan, seni dan pemulihan."



Orang ramai masih boleh menderma kepada PSC 2021 hingga Ahad, 17 Oktober, 11.59 malam melalui laman giving.sg/psc2021 atau imbasan kod QR PayNow dari laman mediacorp.sg/en/psc2021.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >