Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Acara rai Pertengahan Musim Luruh di S’pura

Sep 25, 2023 | 06:09 PM



Belajar: Budaya dan mitologi Cina

Mitologi, legenda dan budaya Cina adalah inspirasi utama bagi sambutan Perayaan Kuih Bulan di Gardens by the Bay.

Antara lain, terdapat tanglung sepanjang 20 meter yang menggambarkan kisah cinta watak mitologi Cina antara penggembala lembu dengan pari-pari – kisah legenda Cina ‘Butterfly Lovers’ tentang pasangan kekasih, Liang Shanbo dan Zhu Yingtai.

Terdapat juga kawasan yang dihiasi dengan barisan pokok-pokok yang melambangkan musim bunga dan percintaan.

Di samping itu, ada juga paparan ‘Ellie the Elephant Gardener’ dan empat rakan-rakannya. 

Mereka membentuk set tanglung unik di pameran ‘Our Secret Garden’, yang direka oleh artis autisme.

Penyalaan lampu-lampu pada acara ini bermula dari 6 petang hingga 10 malam setiap hari hingga Ahad depan. Masuk percuma.

Maklumat lanjut boleh didapatkan di laman gardensbythebay.com.sg/midautumn


Teroka: Dunia haiwan dan mercu tanda tempatan







Selain itu, terdapat juga pelbagai rekaan tanglung di Taman Jurong Lake, anjuran Lembaga Taman Negara (NParks). Acara ‘Lights by the Lake’ menampilkan sebanyak 240 tanglung berwarna-warni.

Antaranya bertemakan ‘Wildlife Odyssey’ yang meneroka dunia haiwan dan memaparkan tanglung dalam bentuk haiwan seperti badak sumbu, harimau, ikan lumba-lumba dan burung flamingo.

Acara bertema ‘Echoes of the Lion City’ pula memaparkan mercu tanda Singapura seperti Merlion dan Panggung Negara lama yang telah dirobohkan pada 1986.

Masuk percuma. Tanglung dinyalakan dari 7 malam hingga 11 malam setiap hari hingga Ahad depan.

Pengunjung yang berminat boleh mendapatkan tanglung selepas acara selesai. Anda boleh e-mel JurongLakeGardens@nparks.gov.sg bagi mendaftar minat anda. Pendaftaran tutup esok.

Maklumat lanjut terdapat di str.sg/iqhw


Luangkan bersama: Perayaan tradisi dengan sentuhan moden







Di samping itu, terdapat kisah mengenai arnab, Jade Rabbit, yang berada di bulan menemani dewi Chang’e. Pengunjung boleh mencari arnab itu dengan menggunakan teleskop profesional di taman bumbung Pusat Kebudayaan Cina Singapura (SCCC).

Ia merupakan sebahagian daripada aktiviti acara ‘Mid-Autumn Family Fun’ yang diadakan secara percuma bagi memperkenalkan tradisi perayaan dengan sentuhan moden kepada kanak-kanak.

Dianjurkan oleh SCCC dan Orkestra Cina Singapura, acara itu diadakan dari Jumaat hingga Ahad depan di premis pusat kebudayaan di Shenton Way.

Terdapat juga bengkel membuat tanglung kanak-kanak dan bazar yang menampilkan lebih 50 gerai tempatan dan luar negara.

Ada program bertiket, seperti bengkel buat teh Cina untuk kanak-kanak empat hingga 12 tahun dan ibu bapa mereka ($19 setiap satu).

Bagi segmen ‘Harmonies Across Generations’, Orkestra Simfoni Kebudayaan Asia akan mempersembahkan lagu kanak-kanak, menggandingkan alat muzik etnik dengan orkestra Barat. Tiket berharga $19.

Maklumat lanjut terdapat di str.sg/iqh5




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >