Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SAJIAN KHAS HARI INI: AZAM ANAK WATAN

Bantu orang lain guna 'lukisan' hidup

Bekas pesalah jauhi dadah melalui hobi melukis, kini galak banduan perkasa diri melalui seni lukis
Oct 08, 2021 | 05:30 AM



Rehabilitasi seni yang disediakan di penjara adalah antara wadah yang membantu pesalah pulih dan mendorong mereka kembali kepada masyarakat. Ia membuat mereka menghargai bakat melukis yang ada pada diri mereka, dan melukis menjadi hobi mereka selepas bebas daripada penjara. Dua bekas pesalah menceritakan kepada Berita Harian bagaimana seni membantu mereka dalam proses pemulihan.



BELIAU minat melukis sejak kecil, terdorong melihat abangnya, yang merupakan seorang pelukis.



Hobi dan bakatnya itu terhenti apabila beliau menjalani Perkhidmatan Negara (NS), dan kemudian terjebak pula dalam kancah dadah hingga dipenjarakan.



Namun, dalam penjaralah minat melukis Encik Abdul Latiff Suratman berputik semula dan dalam penjaralah seni lukisan memberinya semangat untuk menjauhi dadah.



Beliau bebas dari penjara pada 2013 dan sejak itu sibuk meluangkan masa menghasilkan lukisan, dan kini membantu pesalah melalui seni lukisan.



Menurut Encik Latiff, semangat melukisnya berputik semula apabila beliau diberi peluang menyertai Hab Seni Visual (VAH) di Kompleks Penjara Changi pada 2010.



"Seni adalah kegiatan kegemaran saya. Apabila saya mengusahakan karya saya, saya dapat meluahkan (perasaan) saya... Rasa bebas dan juga ia memberi saya ketenangan," ujar beliau, yang kali pertama masuk penjara pada 1991.



"Menerusi seni ini, saya dapat lihat perbezaan dalam kehidupan saya dulu dan sekarang. Seni dapat membantu Latiff mendapat semula kepercayaan mereka (keluarga). Dulu, rasanya jauh sekali, tetapi sekarang hubungan kami semua bertambah baik.



"Mereka lihat karya saya dan mereka suka, dan oleh itu karya saya dapat membawa kesan positif dalam kehidupan diri ini," ujar Encik Latiff, yang kali pertama mengadakan pameran koleksi lukisannya pada 2019 di Oxley Bizhub.



Sejak 10 bulan lalu, Encik Latiff menyertai Canvas, yang terdiri daripada pelukis yang mendapat latihan di VAH dan mentor daripada masyarakat. Ahli Canvas percaya seni adalah wadah yang dapat mengubah dan memperkasa kehidupan.



Beliau juga diundang oleh Canvas untuk mengongsi pengalamannya, termasuk mengenai perkara yang mendorongnya mengelak mengulangi kesilapan masa silamnya.



"Di Canvas, saya menggalak dan mendorong mereka menjadi pelukis. Mereka ada bakat, jadi harus memastikan bakat tak terbuang. Kita harus berkawan bersama mereka dan menasihatkan bahawa objektif mereka adalah kembali pada masyarakat, jadi pemulihan diri sangat penting," jelasnya.



Baru-baru ini, Encik Latiff menyumbangkan tiga karyanya bagi acara Seni dan Kesihatan yang dikendalikan Kampus Kesihatan Jurong.



Melalui acara itu juga Encik Latiff bekerjasama bersama remaja daripada Boys' Town menghasilkan lukisan bersama.



"Ini adalah satu lagi kesempatan daripada Canvas yang memberi saya peluang berkarya bersama pelukis lain. Kami dapat ketawa, melukis dan membina hubungan bersama. Selain itu, kami dapat meneroka kekuatan dan kelemahan kami dalam lukisan," ujarnya.



"Nasihat saya kepada mereka yang sekarang dalam keadaan serupa saya dahulu ialah, pemulihan diri mesti didahulukan, agar semua yang kita sayangi dalam hidup tidak datang hanya pada saat akhir."




Acara Seni dan Kesihatan



Acara tahunan edisi kelima ini kerjasama pelukis tempatan dan rakan masyarakat untuk mengubah sekitaran Hospital Besar Ng Teng Fong dan Hospital Masyarakat Jurong agar menenangkan bagi pesakit, pengunjung dan kakitangan.



Bertemakan 'ANEW' (Baru), ia mengundang peserta mempamerkan perjalanan, kenangan, dan imaginasi mereka untuk melihat dunia ini dari perspektif baru.



Pameran itu berlangsung hingga 5 November.



Maklumat lanjut di www.artsandhealthfestival.sg




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >