Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ada penumpang masih pakai pelitup dalam bas, MRT walau tidak perlu

Feb 13, 2023 | 09:02 PM



WALAUPUN baki sekatan Covid-19 termasuk penggunaan pelitup dalam pengangkutan awam telah dimansuhkan, masih terdapat sebilangan yang memilih untuk menggunakannya ketika berulang-alik ke tempat kerja.


Antara sebab yang diberikan mereka adalah untuk menjaga kebersihan dan untuk mempunyai lapisan keselamatan tambahan.


Ketika ditemui, Encik Izat Hamdan, 32 tahun, berkata beliau akan terus menggunakan pelitup selama beberapa minggu lagi untuk memantau situasi.


“Walaupun pelitup tidak lagi diperlukan, saya akan terus menggunakannya apabila di dalam pengangkutan awam sebagai langkah berjaga-jaga.


“Lagipun, ia sudah menjadi kebiasaan untuk menggunakan pelitup, tetapi saya juga fikir lebih baik menggunakannya kerana kita tidak tahu bila varian Covid-19 seterusnya akan muncul,” kata Encik Izat, yang bertugas sebagai seorang pengurus kewangan.


Walaupun pelitup tidak lagi diperlukan dalam pengangkutan awam, ia masih diperlukan di sekitaran penjagaan kesihatan seperti wad hospital, klinik dan rumah jagaan.


Ini diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, pada Khamis semasa sidang media terakhir Pasukan Bertindak Berbilang Kementerian (MTF) bagi Covid-19.


Selaras dengan pemansuhan sekatan, Syarat Sistem Respons Wabak Penyakit (Dorscon) juga telah diturunkan kepada tahap Hijau.


Ini kali pertama tahap Dorscon berada di tahap paling rendah, sejak kes pertama Covid-19 dikesan di Singapura.


Encik Rashdan Rasid, seorang eksekutif pentadbiran, pula berkata beliau menyokong keputusan untuk tidak lagi mewajibkan penggunaan pelitup dalam pengangkutan awam.


“Saya menyokong (keputusan itu), tetapi mereka yang tidak sihat perlu terus menggunakan pelitup apabila mereka berada dalam bas atau MRT.


“Saya harap pandemik ini telah mengajar orang ramai untuk bertanggungjawab secara sosial,” kata Encik Rashdan, 28 tahun.


Sebaliknya, Encik Nurhady Norhisam, seorang jurutera sistem teknologi maklumat (IT), lebih suka memakai pelitup dalam pengangkutan awam kerana sesetengah penumpang tidak mempunyai etika dan kebersihan asas.


“Ada yang sakit dan batuk tetapi tidak memakai pelitup. Ini menimbulkan risiko kerana mereka boleh menjangkiti orang lain di sekeliling mereka.


“Tetapi secara keseluruhan, saya gembira Singapura kembali ke keadaan normal yang sama seperti masa sebelum Covid-19, di mana orang ramai boleh bergaul tanpa sekatan,” kata Encik Nurhady, 28 tahun.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >