ISU SEKITAR ZAKAT DAN BANTUAN
Ada yang mungkin tak tahu usaha masjid
Pegawai Al-Istiqamah kongsi pengalaman penuh cabaran kendali kes bantuan jemaah
Jun 06, 2016 | 05:30 AM
MATA yang sukar terlelap beberapa malam lalu membawa Ustazah Zuwainah Mohamed Kamalutheen ke laman Internet yang mendakwa orang masjid tidak membantu fakir miskin.
Hati Ustazah Zuwainah remuk membaca komen itu sebagai seorang kakitangan Masjid Al-Istiqamah di Serangoon yang berpengalaman membantu penerima zakat.