DUA adik Perdana Menteri Lee Hsien Loong menerima permintaan abang mereka agar pertikaian mereka berkaitan rumah di 38 Oxley Road dihurai secara privet.
Encik Lee Hsien Yang dan Dr Lee Wei Ling juga berkata mereka senang hati kerana Jawatankuasa Menteri telah memberi pengesahan bahawa ia tiada kuasa untuk menentukan kesahihan wasiat mendiang Encik Lee, dalam kenyataan bersama mereka yang diterbitkan di Facebook semalam.