Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Agensi digantung lesen kerana iklankan pembantu rumah di Carousell

Sep 19, 2018 | 08:17 PM



KEMENTERIAN Tenaga Manusia (MOM) telah menggantung lesen sebuah agensi pekerjaan yang mengiklankan khidmat pembantu rumah asing di aplikasi jual beli Carousell.



Menurut kenyataan MOM, SRC Recruitment juga tidak boleh menempatkan pembantu rumah baru.



MOM juga telah memaklumkan Kedutaan Indonesia di Singapura bahawa mereka sedang menyiasat kes tersebut, lapor akhbar The Straits Times.



Iklan itu telah dimuat naik pengguna yang menggunakan nama @maid.recruitment sebelum ini di wadah Carousell, dengan beberapa iklan menunjukkan bahawa pembantu rumah itu sudah 'dijual'.



Perbuatan mengiklankan khidmat pembantu rumah seolah-olah mereka barangan tidak diterima di Singapura dan boleh dianggap kesalahan di bawah Akta Agensi Pekerjaan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >