Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Agensi Jagaan Bersepadu mahu tingkat bilangan relawan warga emas

Nov 16, 2023 | 06:30 PM



Satu inisiatif untuk menggalak warga emas agar terus aktif menyumbang kepada masyarakat telah dilancarkan, di bawah program, Sihat Menua Singapura, yang bertujuan menyokong warga emas menua dengan baik.

Melalui program ‘Sukarelawan Generasi Perak’, jumlah sukarelawan warga emas yang dilatih oleh Agensi Jagaan Bersepadu (AIC) diharapkan meningkat dua kali ganda hingga kira-kira 4,000 sukarelawan menjelang 2025.

Demikian didedahkan Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung; Menteri Pembangunan Negara merangkap Menteri Bertanggungjawab bagi Integrasi Khidmat Sosial, Encik Desmond Lee; dan Pemangku Menteri Pengangkutan, Encik Chee Hong Tat semasa sidang akhbar di Pusat Penuaan Aktif (AAC) Kesihatan NTUC, di Lengkok Bahru pada Khamis. 

Program ‘Sukarelawan Generasi Perak’ bukan sahaja memanfaatkan kesediaan warga tua untuk tampil sebagai sukarelawan, bahkan menciptakan peluang untuk mendekati warga emas yang mungkin mengalami pemencilan sosial, kata Encik Ong.

Berbanding dengan program ‘Duta Generasi Perak’ yang sedia ada, inisiatif baru itu disasarkan kepada warga emas, yang akan menjalani pelbagai latihan sebelum mendapat peluang untuk menganjurkan dan menjalankan program penuaan aktif untuk golongan sebaya mereka di AAC.

“Kami akan menyumbang sekitar $800 juta dalam tempoh lima tahun akan datang, – bermula dari Tahun Kewangan (FY) 2024 hingga FY2028 – untuk meningkatkan rangkaian dan perkhidmatan untuk warga tua yang ditawarkan AAC.

“Setiap AAC akan mendapati jumlah belanjawan mereka akan meningkat sekurang-kurangnya 50 peratus. Pada masa ini, jumlah bajet tahunan bagi setiap AAC akan meningkat daripada kira-kira $400,000 kepada $600,000,” kata Encik Ong.

Beliau turut menambah, “Dengan bajet tahunan lebih besar, kami punya harapan tinggi bagi setiap AAC agar meningkatkan jumlah dan rangkaian aktiviti yang dijalankan setiap minggu.”

Setiap AAC akan memperluas rangkaian program secara menyeluruh dengan menumpukan kepada lima aspek utama, termasuk sosial, kesihatan fizikal, kognitif, pembelajaran, dan kesukarelawan, menurut kenyataan MOH.  

Dengan menambah bilangan AAC dari 154 kepada 220 menjelang tahun 2025, lapan dalam 10 warga emas dapat akses untuk menyertai program tersedia.

Dalam pada itu, Encik Ong juga menekankan pentingnya AAC mengadakan lebih banyak kegiatan di tempat umum berhampiran rumah dan kerap dikunjungi warga emas seperti kedai kopi, kelab masyarakat dan sebagainya agar tidak tertumpu di AAC sahaja.

“AAC perlu bekerjasama dengan pelbagai rakan kongsi masyarakat seperti Persatuan Rakyat, pertubuhan Kebajikan Sukarela, Lembaga Penggalakan Kesihatan, dan Sukan Singapura yang menawarkan program masing-masing.

“Dengan kerjasama erat, AAC dapat menyelaraskan usaha (meningkat program bagi warga emas) dengan rakan kongsi secara lebih berkesan, dengan menggunakan bajet dan sumber yang diberikan kepada setiap AAC,” tambah beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >