Subuh
5:36
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Belanjawan 2022: PAKEJ JAMINAN GST $6.6 BILION

Agensi pemerintah tidak akan naikkan bayaran pelbagai khidmat selama setahun

Feb 19, 2022 | 05:30 AM



PEMERINTAH tidak akan menaikkan bayaran bagi pelbagai perkhidmatan selama tempoh setahun dari 1 Januari 2023, kata Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong, semalam.



Ini termasuk bayaran bagi lesen serta bayaran yang dikenakan agensi pemerintah, termasuk yuran sekolah, politeknik, Institut Pendidikan Teknikal (ITE), serta bayaran di tempat meletak kereta awam.



Encik Wong semalam turut mengumumkan sokongan tambahan untuk membantu warga Singapura mengatasi kenaikan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), selain sokongan di bawah Pakej Jaminan GST dan skim tetap Baucar GST yang dipertingkat.



Antaranya, pemerintah akan menyediakan majlis bandaran dengan tambahan $15 juta setiap tahun untuk menampung kenaikan GST bagi bayaran perkhidmatan dan penyenggaraan (S&CC).



Selain itu, pemerintah akan menubuhkan Jawatankuasa Mencegah Pencatutan untuk mengatasi keprihatinan perniagaan menggunakan kenaikan GST sebagai alasan untuk meningkatkan harga dan mengaup keuntungan berlebihan.



Jawatankuasa itu akan dipengerusi Menteri Negara (Perdagangan dan Perusahaan), Cik Low Yen Ling.



Encik Wong turut mengumumkan sokongan tambahan bagi isi rumah yang memerlukan.



Pemerintah akan menokok $5 juta sepanjang lima tahun kepada Dana ComCare Jawatankuasa Perundingan Rakyat (CCC) untuk membantu isi rumah yang memerlukan.



Pemerintah juga akan menyediakan $12 juta sepanjang empat tahun kepada Kumpulan Bantu Diri seperti Majlis Bantuan Pembangunan Masyarakat Cina (CDAC), Persatuan Serani, Yayasan Mendaki dan Sinda.



Selain itu, pemerintah akan terus menampung GST bagi penjagaan kesihatan dan pendidikan yang menerima subsidi awam.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >