Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Agihan Medifund bagi bantu pesakit bayar bil berkurang walau permohonan bertambah

Nov 23, 2016 | 02:03 PM



JUMLAH agihan Medifund bagi membantu pesakit menampung bil perubatan mereka berkurangan 2.6 peratus bagi tahun kewangan (FY) 2015, berbanding setahun lalu.



Ini walaupun bilangan permohonan bagi bantuan itu bertambah.



Dalam satu kenyataan pada Rabu (23 Nov), Kementerian Kesihatan (MOH) berkata Medifund menyediakan bantuan sebanyak $155.2 juta pada FY2015, berbanding $159.3 juta pada FY2014.



Ia berkata bantuan Medifund bagi rawatan di hospital dan institusi awam mencecah $129.2 juta pada FY2015, berbanding $135.7 juta pada FY2014.



Bagaimanapun, bantuan yang diagih bagi jagaan sederhana dan panjang meningkat daripada $23.6 juta kepada $26 juta dalam tempoh itu.



Ini walaupun bilangan permohonan bantuan Medifund dan Medifund Silver yang diluluskan meningkat 9 peratus mencapai 1,096,628 pada FY2015, berbanding 1,006,168 pada FY2014.



MOH berkata hampir semua (99.9 peratus) permohonan Medifund diluluskan.



Kementerian itu menjelaskan jumlah bantuan Medifund lebih rendah pada FY2015 disebabkan beberapa faktor yang "meningkatkan kemampuan keseluruhan penjagaan kesihatan".



Ini termasuk peningkatan dalam jumlah subsidi pesakit luar bagi pesakit berpendapatan rendah dan sederhana dan Generasi Perintis, serta perubahan dalam perlindungan Medisave untuk membolehkan penggunaan lebih fleksibel bagi menampung keadaan lebih kronik dan imbasan.



MOH juga menyatakan antara FY 2012 dan FY2015, bantuan Medifund yang diberi kepada pesakit meningkat 15 peratus setiap tahun secara purata.



Medifund, yang diperkenal pada 1993, membantu warga Singapura yang tidak mampu membayar bil perubatan walaupun selepas subsidi pemerintah, dengan menggunakan insurans MediShield Hayat, insurans swasta, Medisave, dan pembayaran tunai.



Menurut MOH, secara purata, jumlah bantuan Medifund yang disediakan ialah $1,529 bagi setiap rawatan pesakit dalam wad dan $77 bagi setiap rawatan pesakit luar.



MOH berkata pada akhir FY2015, wang pokok Medifund dan Medifund Silver masing-masing berjumlah $2.78 bilion dan $1.22 bilion.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >