Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

KUNJUNGAN YANG DI-PERTUAN AGONG MALAYSIA

Agong tinjau kem tentera, operasi tangani pengganasan

Oct 28, 2022 | 05:30 AM



MENTERI Pertahanan, Dr Ng Eng Hen, mengiringi Yang di-Pertuan Agong Malaysia, Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, meninjau Kem Pasir Ris Tentera Singapura semalam.



Agong ditemani Setiausaha Agung Menteri Ehwal Luar Malaysia, Datuk Sri Amran Mohamed Zin; Setiausaha Agung Kementerian Pengangkutan Malaysia, Datuk Isham Ishak; Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Singapura, Datuk Dr Azfar Mohamad Mustafar; serta pegawai kanan Malaysia lain.



Turut hadir sewaktu kunjungan itu ialah Ketua Tentera Angkatan Bersenjata Singapura (SAF), Mejar-Jeneral (MG) David Neo, dan Ketua, Operasi Udara, Angkatan Udara Republik Singapura (RSAF), Brigedier Jeneral Chan Ching Hao.



Dalam pos yang dimuat naik Dr Ng di Facebook, beliau berkata SAF berbesar hati dapat menjadi hos Sultan Abdullah.



"Komando berada dalam keadaan baik dan mempamerkan pertunjukan bertenaga menawan kawasan perumahan dan bas yang dirampas," katanya.



Ketika lawatan tersebut, Sultan Abdullah mengenali lebih tentang Pasukan Bertindak Operasi Khas dan Komando di bawah SAF, menyaksikan pertunjukan keupayaan menentang pengganasan dan meninjau Airborne-trooper Training Facility (ATF).



Beliau juga menaiki Helikopter CH-47F RSAF, menurut Kementerian Pertahanan (Mindef) dalam satu kenyataan.



Sultan Abdullah berada di Singapura selama tiga hari dalam satu kunjungan negara yang bermula Selasa lalu.



Kunjungan beliau ke SAF menekankan hubungan dua hala Singapura dan Malaysia yang mesra dan terjalin sekian lama, kata Mindef.



Kunjungan Sultan Abdullah ke Singapura berakhir semalam.



Dalam satu kenyataannya, Kementerian Ehwal Luar (MFA) berkata kunjungan itu menggulung siri pertukaran tahap tinggi yang berlangsung menyusuli pembukaan semula sempadan antara Singapura dan Malaysia.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >