Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ahad Bebas Kereta SG pertama tahun ini bermula dengan realiti tambahan

Jan 28, 2018 | 03:05 PM



Orang ramai dapat menonton mural 'hidup' di Jalan Telok Ayer berhampiran Chinatown pada Ahad (28 Jan).



Biasanya diadakan pada Ahad terakhir setiap bulan, mereka yang mengunjungi kawasan Ahad Bebas Kereta SG pertama tahun ini dilayan dengan acara realiti yang menyeronokkan. Pembangun aplikasi tempatan LDR Technology memperkenalkan jejak warisan di Daerah Sivik dan Telok Ayer Street pada aplikasi Locomole.



Pelawat belajar tentang sejarah Singapura melalui grafik 3-D, cabaran foto dan video melalui aplikasinya.



Pada Ahad (28 Jan), jalan di Telok Ayer Street, Daerah Sivik dan kawasan sekitarnya ditutup dari 8 pagi hingga tengah hari bagi membolehkan aktiviti menyeronokkan diadakan.



Minuman ringan seperti Milo dan isotonik Pocari Sweat ditawarkan kepada pejalan kaki, penunggang basikal dan pengayuh beca ketika mereka melewati Galeri Nasional di St Andrew's Road.



Kelas membuat tanglung, pertujukan pepatong Cina dan tarian singa mengingatkan semua akan sambutan Tahun Baru Cina bulan depan.



Seorang tutor privet Lee Jern Ee, 37 tahun, berkata: "Saya memang menantikan Ahad Bebas Kereta SG. Semua orang berseronok, dan ada suasana masyarakat. Terdapat banyak kegiatan yang boleh dijangka, terutama jika anda peminat sukan seperti saya."



Ahad Bebas Kereta SG adalah inisiatif Penguasa Pembangunan Semula Bandar yang disokong pelbagai kumpulan masyarakat dan berkepentingan.



Acara ini masuk tahun tahun ketiga.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >