Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ahli akademik Norshahril Saat Bawean Teladan

May 15, 2023 | 04:27 PM



ZAMIL Kanan dan Penyelaras bagi Program Pengajian Budaya dan Sosial Serantau, Iseas-Institut Yusof Ishak, Dr Norshahril Saat, menjadi penerima ke-10 Anugerah Bawean Teladan yang disampaikan petang Sabtu.


Dr Norshahril, 40 tahun diberi pengiktirafan tersebut atas pencapaian, serta sumbangan beliau bukan sahaja untuk masyarakat Muslim setempat, malah di peringkat nasional juga.


Ini dinyatakan, Presiden Persatuan Bawean Singapura (PBS), Encik Faizal Wahyuni, semasa dihubungi wartawan.


“Pencapaian beliau bukan sahaja di peringkat akademik, malah beliau juga menabur bakti kepada masyarakat,” katanya.


Diminta komennya, Dr Norshahril, yang juga pengerusi di Yayasan Warisan Melayu menganggap penyampaian tersebut merupakan pengiktirafan dalam kerjayanya sebagai pengamat politik dan kemasyarakatan.


“Dengan dorongan ini, saya harap dapat melakukan lebih lagi buat masyarakat demi kemajuan masyarakat Bawean, Melayu, dan juga kebangsaan.


“Saya beranggapan bahawa setiap orang boleh menjadi teladan jika kita melakukan pekerjaan kita dengan baik. Saya ambil teladan daripada keluarga saya sendiri, dan juga leluhur masyarakat Bawean, yang bersemangat membantu sesama kita,” katanya, yang juga bilal solat Jumaat di salah sebuah masjid di sini.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >