Ahli Rondaan Rakyat terima anugerah
Sumbangan Singapore Post dan dua individu juga turut diiktiraf
Jun 18, 2019 | 05:30 AM
KERJASAMA pasangan suami isteri dan kapten Rondaan Rakyat (Citizens On Patrol) telah menolong pihak polis bertindak terhadap pesalah yang melontar kasut dari tingkat empat di sebuah blok di kawasan Bukit Batok pada 16 Mac 2019.
Encik Abdul Hamid Abdul Aziz, 56 tahun, sedang berada di rumah apabila terlihat seseorang melakukan perbuatan itu di blok sebelah.