Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Air laut naik: Pelan bangun pulau tambak bagi perumahan disemak

Mar 03, 2022 | 05:30 AM



RANCANGAN lebih tiga dekad lalu membayangkan sebuah pulau tebus guna di sepanjang East Coast bagi perumahan serta pusat beristirahat di tepi pantai, mungkin berubah dengan menggabungkan usaha melindungi Singapura daripada paras air laut yang meningkat.



Di bawah rancangan itu, kawasan tambak "Long Island" akan terbentang dari Marina East ke Changi, lapor akhbar The Straits Times (ST).



Sebuah buku yang mendokumentasikan Rancangan Konsep Singapura 1991 mengenai Long Island menyebut kawasan itu "bukan sahaja akan menjadi pusat beristirahat di tepi laut tetapi juga menjadi lokasi pilihan untuk beberapa pembangunan perumahan."



Pelan konsep negara, bertujuan untuk membimbing pembangunan untuk 50 tahun akan datang, disemak sekali dalam sedekad. Kajian semula sedang dijalankan, dengan rancangan dijadualkan untuk dibentakngkan pada pertengahan tahun ini.



Dalam wawancara dengan The Straits Times pada 21 Februari, Ketua Perancang Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA), Cik Hwang Yu-Ning merujuk kepada ucapan Rapat Hari Kebangsaan 2019 Perdana Menteri Encik Lee Hsien Loong, apabila ditanya tentang pelan Long Island.



"Itu satu versi Long Island 2.0," katanya.



Pada 2019, PM Lee telah berkata Singapura perlu membelanjakan kira-kira $100 bilion atau lebih sepanjang satu abad untuk melindungi daripada peningkatan paras laut.



Encik Lee menyatakan beberapa cara yang mungkin boleh melindungi East Coast, termasuk membuat empangan - teknik menambak beberapa siri pulau luar pesisir di sana.



Menggunakan dua lakaran artis, Encik Lee sambil menyatakan bahawa lukisan kejuruteraan masih belum dibuat, telah berkata pulau itu boleh digunakan untuk perumahan atau tujuan lain, dan ruang di antara mereka digunakan sebagai takungan dengan membina empangan untuk menghubungkan pulau-pulau itu.



Mei lalu, agensi air negara PUB memulakan kajian selama empat tahun meliputi Changi, East Coast dan Greater Southern Waterfront untuk meneroka huraian perlindungan pantai.



Merujuk kepada kajian itu, Cik Hwang berkata: "Pastinya, bersama pelan perlindungan pantai, kami akan meneroka pelbagai pilihan untuk masa depan Long Island berhubung dengan perlindungan pantai, dan bagaimana kami membina dimensi yang berbeza (bagi pulau yang diusulkan itu)."



Dr Harvey Neo, zamil kanan di Pusat Lee Kuan Yew bagi Bandar Inovatif di Universiti Teknologi dan Desain Singapura (SUTD), berkata walaupun adalah sukar menjangka kesan penuh bencana seperti kenaikan paras laut, ini tidak seharusnya menghalang perancang daripada sentiasa mencari huraian baginya.



Akur bahawa huraian fleksibel diperlukan, beliau berkata pemerintah telah menunjukkan fleksibiliti dalam dua cara.



Pertama, dengan menilai semula rancangan Long Island sebelum melakukan pelaburan infrastruktur berskala besar, dan juga mengambil kesempatan melalui kemungkinan pelaksanaannya, yang mungkin meningkatkan ruang darat, mengurangkan kenaikan paras laut dan meningkatkan kapasiti untuk menyimpan air tawar.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >