Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ajar kanak-kanak dekatkan diri, minta perlindungan menerusi Sang Pencipta

Sep 11, 2023 | 05:30 AM



Mengajar kanak-kanak bahawa ilmu ruqyah bukan sekadar bersangkut paut dengan perkara-perkara mistik.

Sebaliknya, ruqyah merupakan salah satu bentuk usaha manusia untuk mendekatkan diri dan meminta perlindungan daripada Sang Pencipta.

Itulah yang mahu dilakukan penulis, Cik Fatin Fatimah Hazwani Mustaffa, menerusi karyanya ‘Zahra learns how to Ruqyah’, sebuah buku kanak-kanak dalam bahasa Inggeris.

Beliau mendapat inspirasi menulis buku tersebut ekoran kejadian yang berlaku kepada anaknya, Safiyyah Az-Zahra Muhammad Zahiruddin.

Dalam kejadian itu, Safiyyah, yang berusia dua tahun, tiba-tiba menangis dan berulang kali mengatakan perkataan “takut”.

“Tangisannya itu lain daripada biasa,” ujar Cik Fatin, 27 tahun.

‘Zahra learns how to Ruqyah’ sesuai bagi kanak-kanak semuda usia satu tahun dengan bimbingan ibu bapa.

Menceritakan lanjut mengenai kejadian itu, Cik Fatin, pemilik syarikat TheNeedles&Co yang menjual selendang, berkata:

“Sebagai seorang ibu, ia membuat saya rasa susah hati dan saya mula memikirkan cara untuk menangani isu ini.

“Ini yang membuat saya sedar bahawa kanak-kanak mudah terjejas kerana mereka tidak berupaya melindungi diri sendiri. Saya mula mengajar anak saya ruqyah asas dan cara menangani rasa takut.

“Saya dapati bahawa ini sesuatu yang boleh difahami semua anak-anak Muslim kerana ruqyah bererti untuk melindungi diri mereka dalam kehidupan seharian.”

Tema buku tersebut berkisar tentang cara mudah bagi kanak-kanak menangani perasaan takut terhadap pengaruh negatif, yang sering kali dirujuk sebagai ‘gangguan’ dalam masyarakat Melayu/Islam, kata Cik Fatin.

Ruqyah sering dikaitkan dengan memohon perlindungan Allah swt daripada gangguan ghaib melalui bacaan ayat-ayat Al-Quran dan doa.


Namun, Cik Fatin berkata salah satu salah faham tentang ruqyah adalah ia menakutkan disebabkan kaitannya dengan unsur ghaib.

Bertentangan dengan kepercayaan itu, beliau berkata ruqyah boleh dilakukan sesiapa sahaja asalkan mereka mempelajari ayat-ayat Al-Quran dan doa yang betul dan usaha mencari perlindungan daripada tuhan boleh menjadi satu usaha peribadi – sesuatu yang dilakukan watak Zahra dalam buku cerita itu.

Buku itu menceritakan tentang Zahra yang mengalami gangguan dan menggunakan ayat-ayah ruqyah yang diajarkan oleh bapanya untuk mengurangkan rasa kurang senangnya.

Cik Fatin berkata beliau menekankan erti ruqyah sebagai penyembuhan dan perlindungan dalam usaha menghilangkan segala salah faham yang berkaitan dengannya.

Untuk menjadikan ia mudah difahami kanak-kanak, buku tersebut diterbitkan dalam format cerita bergambar dalam 25 muka surat dan kandungannya menggunakan perkataan yang mudah dan ayat yang pendek.

Cik Fatin berkongsi beliau telah menjalankan kajian dalam menghasilkan buku itu, termasuk mengikuti ceramah oleh asatizah yang mengamalkan ruqyah di dalam dan luar negara, serta mengesahkan maklumat yang dikumpulkan dengan bantuan Ustaz Ruknuddin Zainor, seorang pengamal ruqyah.

Meskipun buku tersebut dihasilkan dalam bahasa Inggeris supaya ia boleh dibaca pembaca seluruh dunia, Cik Fatin berkata usaha sedang dijalankan untuk menterjemahkannya ke dalam bahasa Melayu.

Bukan hanya memupuk nilai-nilai Islam dan membentuk identiti agama, Cik Fatin buku tersebut turut mengajar kanak-kanak pelajaran hidup yang bermakna dan menggalak pengesahan sumber boleh dipercayai melalui hadis yang dipetik.

“Saya percaya setiap kanak-kanak adalah bijak dan mereka boleh belajar apa sahaja, asalkan kita menyediakan mereka sumber pembelajaran yang sesuai dengan tahap pemahaman mereka.

“Dengan menerima kepelbagaian dan mempercayai keupayaan mereka, kanak-kanak boleh menggunakan pengetahuan mereka dengan berkesan sepanjang hayat mereka.

“Semoga dengan mula mempelajari topik ini secara awal, ibu bapa dapat membantu menangani ketakutan generasi mengenai topik ini,” kata beliau, yang memiliki ijazah Sarjana Muda dalam Psikologi dari Universiti Sains Kemasyarakatan Singapura (SUSS).

Buku ‘Zahra learns how to Ruqyah’ boleh didapati di kedai buku Wardah Books, di 58 Bussorah Street, atau secara dalam talian di Shopee dan Amazon.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >