Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Akaun bank dibeku: Polis akan maklumkan bank selepas siasatan selesai

Nov 30, 2022 | 05:30 AM



POLIS akan memberitahu bank apabila siasatan ke atas pemilik akaun yang dibekukan kerana disyaki terlibat dalam kes penipuan telah selesai, tetapi bank perlu membuat penilaian sendiri tentang sama ada untuk terus menyenarai hitam pemilik akaun itu apabila pemilik itu mahu membuka akaun baru, kata Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri), Cik Sun Xueling, di Parlimen semalam.



Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan oleh Encik Gerald Giam (GRC Aljunied) tentang sama ada polis boleh memberitahu bank apabila siasatan ke atas pemilik akaun bank itu telah selesai dan apa hasilnya supaya bank tidak meletakkan individu itu sebagai berisiko tinggi dan melarang mereka daripada membuka akaun bank.



"Terdapat pelbagai sebab mengapa sesebuah akaun bank boleh disenarai hitamkan. Mangsa sendiri melihat diri mereka sebagai mangsa, tetapi malangnya akaun bank mereka telah dikompromi. Ia mungkin telah digunakan... sebagai keldai wang, kerana wang telah dipindah masuk dan keluar daripada akaun itu. Oleh itu, boleh terdapat pelbagai sebab mengapa sebuah akaun itu disenarai hitam," kata Cik Sun.



Soalan oleh Encik Giam itu adalah tambahan kepada soalan oleh Profesor Madya Jamus Lim (GRC Sengkang) tentang masa yang diambil Pusat Anti-Penipuan (ASC) untuk menyiasat kes penipuan dan sama ada ASC memberi panduan kepada individu yang mengalami akaun yang dibekukan membuat rayuan kepada mahkamah.



Cik Sun berkata masa yang diambil untuk menyelesaikan siasatan penipuan bergantung kepada beberapa faktor, seperti jenis penipuan, sejauh mana penipu itu menutup jejaknya dan sama ada wang itu telah dipindahkan ke luar negara atau tidak.



Jika kes itu melibatkan bidang kuasa luar negara, masa yang diambil untuk menyelesaikan siasatan adalah lebih lama.



Mengenai akaun bank yang dibekukan, Cik Sun berkata akaun yang disyaki terlibat dalam operasi penipuan akan dibekukan oleh polis dengan wang yang dirampas sebagai hasil jenayah.



Pembekuan akaun bank akan diangkat selepas siasatan selesai dijalankan.



Pemilik akaun bank yang dibekukan boleh membuat permohonan kepada mahkamah untuk mengeluarkan wang untuk sara hidup yang munasabah atau perbelanjaan yang sah.



"Seksyen 35(8) Kanun Tatacara Jenayah membenarkan pemegang akaun mengemukakan permohonan kepada mahkamah untuk mengakses wang mereka bagi pembayaran perbelanjaan asas, termasuk sebarang bayaran untuk bahan makanan, sewa, ubat, rawatan perubatan, cukai dan premium insurans, antara lain. Jika ditanya, Polis akan memaklumkan kepada pemegang akaun tentang kemungkinan ini dan menasihati mereka untuk mendapatkan nasihat undang-undang," kata Cik Sun.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >