Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Akaun sosial penjawat politik, agensi pemerintah SG diganggu penyokong pendakwah

May 19, 2022 | 05:30 AM



AKAUN media sosial beberapa pemegang jawatan politik dan agensi pemerintah Singapura mengalami gangguan 'spam' yang dikirimkan penyokong pendakwah Abdul Somand Batubara.



Pendakwah itu telah dilarang masuk ke negara ini oleh pihak berkuasa Singapura Isnin lalu.



Menjawab pertanyaan media, jurucakap Kementerian Perhubungan dan Penerangan (MCI) dalam satu kenyataan semalam mengesahkan gangguan tersebut, sambil berkata terdapat juga gesaan oleh penggiat di beberapa kumpulan sembang awam Indonesia supaya melancarkan serangan siber ke atas akaun media sosial pemerintah Singapura.



Spam merujuk kepada perbuatan mengirim mesej kepada jumlah penerima yang banyak atau mengirimkan mesej yang sama berulang kali untuk tujuan mengganggu penerima



"Selain itu, laman dua syarikat pengurusan acara telah dirosakkan. Laman web tersebut telah dipulihkan dan SingCERT akan menghubungi syarikat itu untuk menghulurkan bantuan kami," kata jurucakap MCI



"Pertubuhan dinasihatkan supaya mengambil langkah aktif untuk mengukuhkan postur keselamatan siber mereka, meningkatkan kewaspadaan, dan memperkukuh pertahanan dalam talian mereka demi melindungi pertubuhan mereka daripada kemungkinan serangan siber, seperti kerosakan laman web dan tindakan serangan komputer bertubi (DDoS) hingga menafikan perkhidmatan yang disediakan.



"Pertubuhan Singapura yang terjejas oleh serangan siber atau mempunyai bukti sebarang kegiatan yang mencurigakan pada rangkaian mereka harus membuat laporan kepada SingCERT.



Laporan boleh dibuat di https://go.gov.sg/singcert-incident-reporting-form."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >