MULAI tahun depan, akhbar The New Paper (TNP) akan diterbitkan lima hari seminggu, sekali gus menghentikan penerbitan edisi Sabtu akhbar tersebut.
Sejak digabungkan dengan akhbar My Paper pada 2016, TNP telah dijadikan akhbar percuma dengan kandungan yang disasarkan kepada golongan profesional, eksekutif, pengurus dan teknisyen (PMET) dalam bentuk berita dalam negeri, ekonomi, hartanah, perniagaan, sukan dan lain-lain isu harian.