Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Akhirnya dapat ambil PSLE...

Nov 23, 2022 | 04:05 PM



SATU pembedahan untuk mengeluarkan ketumbuhan barah di bahagian otaknya tiga tahun lalu telah memusnahkan harapannya untuk menduduki Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah (PSLE) bersama rakan sebayanya.


Pada Rabu (23 Nov), Izzat Hakim Sharif, 15 tahun, yang ditemani ibu dan bapanya datang berkerusi roda untuk mengambil keputusan PSLE di Sekolah Rendah Gongshang.

Berkongsi dengan Berita Harian (BH), Izzat berkata tiga tahun  lalu, dia tidak boleh fikirkan bahawa dia akan berpeluang untuk menduduki peperiksaan PSLE.


“Mengambil peperiksaan PSLE nampak begitu mustahil selepas pembedahan yang saya lalui tetapi dengan sokongan semua orang, saya rasa bersyukur kerana saya berjaya melakukannya sebaik mana yang saya mampui,” katanya.


Pembedahan yang dilaluinya pada awal 2019 telah membuatnya terlantar di atas katil hospital selama lebih setengah tahun.


Dia kehilangan keupayaan untuk bercakap, menelan, bergerak atau berjalan dan itu menghambatnya daripada menghadiri kelas di sekolah. 


Sesi radiasi dan kemoterapi selama  beberapa bulan selepas pembedahan itu turut membuatnya merasa lemah.


Justeru, Izzat terpaksa melepaskan peluangnya untuk mengambil peperiksaan PSLE pada tahun itu.


Izzat akhirnya kembali ke sekolah tahun ini setelah dia berasa lebih kuat dan berupaya untuk menghadiri sekolah.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >