Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Aktivis bahasa bakal bentuk badan hidupkan semula tulisan Jawi

Apr 21, 2019 | 08:41 PM



SEKUMPULAN aktivis bahasa sedang dalam proses menubuhkan sebuah badan untuk mengkaji dan menyebarkan penggunaan Jawi di sini, sejajar dengan acara memperingati dwiabad Singapura tahun ini.



Gerakan itu bakal memupuk kesedaran tentang tulisan dalam masyarakat Melayu serta masyarakat lebih luas di Singapura.



Sebagai permulaan, sebuah seminar Jawi telah diadakan di Kelab Masyarakat Siglap South hari ini untuk membincangkan peranan Jawi. 



Setiausaha Parlimen Kanan (Pendidikan merangkap Pembangunan Sosial dan Keluarga), Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim, menghadiri Majlis Semarak Jawi itu sebagai tetamu terhormat.



Dalam ucapannya, Dr Faishal berkata tulisan Jawi penting untuk mendalami warisan dan budaya Melayu, memandangkan sebahagian besar bahan sejarah dunia Melayu dirakam dalam tulisan Jawi.



“Kesedaran tentang Jawi amatlah penting tetapi pendekatan dan naratif yang kita tampilkan harus bersesuaian dengan era moden.



“Saya dapat melihat nilai Jawi dalam kehidupan seseorang itu kerana kita akan sentiasa memerlukan ahli yang mahir dalam Jawi untuk mendalami manuskrip sedia ada yang mungkin belum dapat kita baca secara keseluruhannya,” ujar Dr Faishal.



Oleh itu, usaha untuk menghidupkan tulisan Jawi hari ini tidak harus dianggap sebagai usaha mengembalikan kegemilangan masa silam, tetapi satu ‘landasan untuk meneroka lebih banyak ilmu’.



Laporan penuh di akhbar dan beritaharian.sg esok. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >