Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Aktivis orkestra Cina berfikiran gah bawa seni ke antarabangsa

Oct 25, 2017 | 05:30 AM



PENGGUBAH, pembimbing dan pendidik muzik orkestra Cina, Encik Law Wai Lun, bermula sebagai pencinta muzik klasikal Barat ketika meniti usia remaja di bangku sekolah Middle School, Konservatori Muzik Central di Beijing, China.



Namun selepas berpindah ke Hongkong, anak watan Shanghai ini jatuh hati pada susunan irama muzik yang disajikan pelbagai orkestra Cina.



Beliau menantikan setiap cabaran mencipta dan bereksperimen dengan muzik Cina yang gah buat santapan halwa telinga pengunjung ke konsert orkestra Cina.



Cinta pada kerencaman muzik Cina itu mekar hinggalah beliau bermastautin di Singapura dan bekerja rapat dengan Orkestra Cina Singapura (SCO).



Encik Law, 73 tahun, kemudian ditugaskan menggubah karya epik yang dipersembahkan bagi beberapa acara gemilang di sini, seperti Pesta Seni Singapura, Pesta Huayi di Esplanade dan Perbarisan Hari Kebangsaan.



Selepas memenangi Anugerah Kecemerlangan Artistik 2017 pemberian Persatuan Penggubah dan Penulis Lirik Singapura (Compass) baru-baru ini, Pingat Budaya - anugerah tertinggi Majlis Seni Kebangsaan (NAC) - menjadi miliknya semalam.



Mengulas keistimewaan kerjayanya sebagai penggubah muzik orkestra Cina, Encik Law dalam satu wawancara awal bersama media berkata:



"Seisi keluarga saya memang cintakan muzik. Maka secara semula jadi, muzik menjadi pilihan kerjaya saya. Menggubah lagu yang bermakna dan sampai ke hati ramai memerlukan keikhlasan hati.



"... Saya rasa tak salah bagi saya menyisipkan cebisan ilmu muzik klasikal Barat yang saya miliki dalam gubahan muzik Cina. Lantaran itu, karya yang dihasilkan tidak terbatas pada sesuatu budaya sahaja.



"Saya selalu memikirkan sesuatu yang lebih besar agar kerja seni saya itu dapat sampai ke peringkat antarabangsa, bukan bagi sajian di Singapura sahaja."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >