Demam pilihan raya semakin hangat dirasakan. Parti-parti politik yang telah menunjukkan minat bertanding semakin sibuk membuat persiapan. Biasanya mereka yang bakal dicalonkan bekerjasama dengan aktivis parti menjelang kemuncak pilihan raya. Berita Harian menemu ramah dua daripada aktivis itu.
ENCIK Mohamed Said Ali merupakan seorang pemimpin akar umbi yang telah berkecimpung dalam kerja kemasyarakatan sejak 15 tahun lalu.