Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Aktiviti sekolah berasaskan ketinggian disambung

Feb 01, 2023 | 09:00 PM



KEGIATAN Pembelajaran Kembara Luar Darjah (OAL) melibatkan tempat tinggi bagi sekolah telah disambung.


Ia dihentikan selama dua tahun selepas kematian seorang remaja lelaki berusia 15 tahun pada Februari 2021. 


Kegiatan OAL bermula semula di Pusat OAL (OALC) Jalan Bahtera pada pagi Rabu (1 Feb) bagi sekitar 80 pelajar yang sedang menyertai sebuah kem untuk pelajar menengah tiga Sekolah Menengah Gan Eng Seng.


Menteri Pendidikan, Encik Chan Chun Sing, melawat pusat itu untuk menyaksikan dan beramah-tamah bersama pelajar yang mengambil bahagian dalam aktiviti zipline, menakik turun (abseil) dan memanjat struktur yang dibina khas di pusat di Lim Chu Kang itu. 


Penyambungan kegiatan berasaskan ketinggian dikendalikan dengan langkah-langkah keselamatan yang dipertingkat, kata Kementerian Pendidikan (MOE). 


Pertama, tempo kegiatan berasaskan ketinggian dikurangkan kepada separuh atau kurang lagi daripada keupayaan operasi biasa stesen kegiatan sedemikian di pusat itu sehingga 31 Mac.


MOE menyatakan ini akan memberi pelajar lebih banyak masa untuk melakukan setiap kegiatan itu. 


Menurut Ketua Pendidik Pengembaraan Luar, Encik Kuang Yoke Wee, 53 tahun, langkah-langkah itu diambil untuk mengetatkan proses keselamatan. 


“Antara langkah keselamatan baru yang dipertingkat ialah keperluan akreditasi baru bagi instruktor serta usaha mengukuhkan akauntabiliti,” kata beliau, yang menyatakan sekitar 50 peratus sekolah yang telah menempah kemudahan di OALC hingga Mac akan melakukan kegiatan berasaskan ketinggian.


Beliau menambah bahawa instruktor juga perlu menandatangani pemeriksaan keselamatan terperinci sebelum mengeluarkan peralatan seperti abah-abah keselamatan untuk digunakan oleh pelajar.


Kegiatan berasaskan ketinggian digantung sejak Februari 2021 menyusuli satu insiden yang mengakibatkan kematian pelajar Sekolah Anglo-Chinese (Bebas), Jethro Puah, 15 tahun. 

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >