DAHULU, pelawak Alias Kadir gemar makanan tinggi kolesterol, seperti hidangan laut dan masakan Barat bergoreng, serta minuman manis.
Sekarang, beliau menasihatkan orang ramai yang mengalami penyakit kencing manis dan tinggi kolesterol supaya menjaga pemakanan mereka, mengamalkan gaya hidup sihat dengan bersenam, dan jangan lupa makan ubat.