SPH Logo mobile
Langgan|

Aliff Aziz didakwa di mahkamah

Aliff Aziz didakwa di mahkamah

Sep 3, 2019 | 12:01 PM

Aliff Aziz didakwa di mahkamah

DIDAKWA MENCURI: Aliff Aziz yang menghadapi dua tuduhan mencuri didakwa di mahkamah.
DIDAKWA MENCURI: Aliff Aziz yang menghadapi dua tuduhan mencuri didakwa di mahkamah. - Foto IQBAL FAIZAL

PENYANYI dan pelakon asal Singapura Aliff Aziz telah didakwa di mahkamah pagi tadi (3 September).

Dia menghadapi dua tuduhan mencuri.

Menurut kertas pertuduhan, dia didakwa mencuri wang sebanyak $300 dan 1,000,000 rupiah ($97.90) milik seorang individu bernama Raja Yunika Perdhana Putri.

Kejadian itu didakwa berlaku dalam sebuah kamar di Studio M Hotel di 3 Nanson Road antara 12 dengan 3 pagi pada 7 Jun lalu.

Aliff, yang nama sebenarnya ialah Mohamad Aliff Aziz, turut menghadapi tuduhan mencuri sepaket rokok dan pemetik api bernilai $15.60 secara keseluruhan milik seorang individu bernama Gurwinder Singh S/O Harwindar Singh di kafe Starbucks di Plaza Singapura.

Kejadian itu didakwa berlaku sekitar 4.45 pagi pada 6 Ogos 2018.

Aliff, 28 tahun, hadir di mahkamah pagi tadi bersama seorang teman.

Kesnya dijangka didengar lagi di mahkamah pada 1 Oktober.

Dia dibebaskan dengan ikat jamin $5,000.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg