Subuh
5:53
Syuruk
7:09
Zuhur
1:14
Asar
4:15
Maghrib
7:17
Isyak
8:25
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Aloysius Pang akan diberi penghormatan pengebumian tentera pada Ahad

Jan 25, 2019 | 07:42 PM



PELAKON setempat Aloysius Pang telah dibawa pulang ke Singapura, dengan pesawat KC-135R yang membawa mayatnya tiba di Pangkalan Udara Paya Lebar (PLAB) pada 5.45 petang tadi (25 Januari).



Koperal Kelas Pertama (CFC) (NS) Pang akan diberi penghormatan pengebumian tentera sebelum dibawa ke Krematorium Mandai lusa, menurut Kementerian Pertahanan (Mindef) menerusi satu kenyataan hari ini.



CFC (NS) Pang yang diurus agensi bakat NoonTalk Media merupakan pelakon bebas yang pernah berlakon dalam beberapa projek Mediacorp.



Menerusi Facebook, NoonTalk Media berkata orang ramai yang ingin memberi penghormatan terakhir kepada mendiang boleh melakukan demikian dari 12 tengah hari esok hingga 12 tengah hari lusa di 82A MacPherson Lane.



Pelakon berusia 28 tahun itu meninggal dunia kelmarin – empat hari selepas beliau cedera parah semasa menjalani latihan tentera di New Zealand.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >