Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

‘The Alternative View’ dikena Arahan Pembetulan dek kenyataan palsu HDB raih untung dari BTO AMK

Sep 04, 2022 | 07:47 PM



MENTERI Pembangunan Negara, Encik Desmond Lee, telah mengarahkan Pejabat Akta Perlindungan daripada Kepalsuan dan Manipulasi Dalam Talian (Pofma) mengeluarkan Arahan Pembetulan ke atas The Alternative View selepas satu catatan laman Facebook itu mengandungi kepalsuan kononnya Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) meraih keuntungan daripada penjualan flat Bina Ikut Tempahan (BTO) Central Weave @ AMK.



Platform itu dikehendaki menyertakan satu notis pada catatan asalnya, dengan pautan ke penjelasan pemerintah itu.



Kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Pembangunan Negara (MND) hari ini menyatakan catatan Facebook yang diterbitkan The Alternative Vuew pada Khamis lalu itu mengandungi kenyataan palsu dan mengelirukan.



“Pada 1 September lalu, The Alternative View menerbitkan satu catatan Facebook di mana ia mengeluarkan semula tajuk sebuah artikel dari AsiaOne (bertarikh 31 Ogos 2022) yang menyatakan bahawa ‘Flat BTO Ang Mo Kio: Permintaan kukuh bagi unit 5- bilik di sebalik harga hingga $877,000”, mengandungi satu imej Menteri Pembangunan Negara memegang beg berisi wang, dan diakhiri dengan kapsyen yang bertanyakan Berapa banyak keuntungan yang diraih HDB menerusi cara ini?’.



“Secara tidak langsung catatan itu menyatakan bahawa HDB meraih keuntungan hasil jualan flat BTO Central Weave @ AMK, yang merupakan sebahagian daripada jualan BTO Ogos 2022. 



“Kenyataan itu palsu,” ujar MND.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >