Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

GERAKAN BELIA, BIRO EHWAL MELAYU PAP ATAU MAB MUDA, DILANCAR

Alu-alu penglibatan belia cipta masa depan SG bersama

Jun 13, 2022 | 05:30 AM



ENCIK Zhulkarnain ditemui di satu perbincangan meja bundar bersama lebih 30 wakil daripada pertubuhan belia Melayu/Islam, individu yang mewakili industri berbeza dan aktivis parti.



Perbincangan itu dijalankan sempena pelancaran MAB Muda di kafe Working Title Riverside di Kampong Bugis.



Di sesi itu, peserta telah membincangkan dapatan sebuah tinjauan yang dijalankan pada awal bulan lalu melibatkan 162 belia Melayu/Islam di Singapura berusia 35 tahun dan ke bawah bagi memahami aspirasi dan cabaran yang dihadapi hari ini.



Tinjauan itu mendapati keselamatan dan kos perumahan (19.55 peratus), gaji rendah (19.14 peratus) serta diskriminasi (17.70 peratus) sebagai tiga cabaran utama yang dihadapi belia Melayu/Islam hari ini.



Lebih 90 peratus mereka tidak meletakkan kurang pekerjaan dan akses kepada jawatan kanan dalam pekerjaan sebagai cabaran utama yang dihadapi masyarakat.



Sementara itu, satu dalam lima belia merasakan yang mereka bersedia untuk menghadapi peluang dan cabaran masa depan.



"Ini tidak bermakna (responden) yang lain tidak bersedia langsung. Dapatan tinjauan ini sebenarnya seiring dengan perbincangan yang kami adakan... bahawa disebabkan oleh cabaran global yang kita hadapi selepas pandemik kini, masa depan adalah tidak pasti.



"Belia di Singapura tidak terkecuali daripada itu. Jadi kami mengalu-alukan belia kita untuk mencipta bersama masa depan dengan kita... dan menjadi sebahagian perubahan yang dapat membentuk masa depan," kata Encik Zhulkarnain.



Ditanya tentang langkah yang boleh diambil untuk aspirasi dan harapan belia didengari oleh penggubal dasar, satu dalam empat responden berkata mereka mahu melihat lebih banyak perwakilan belia, dan satu dalam empat mahukan lebih banyak perbincangan dasar antara belia dengan penggubal dasar.



Satu dalam enam pula akan ke wadah dalam talian untuk mengongsi perspektif mereka.



Ditanya sama ada belia Melayu/Islam berminat dalam politik, dua dalam tiga responden berkata mereka berminat dalam politik.



Salah seorang peserta yang menghadiri sesi itu ialah Encik Imran Mean, 21 tahun, ketua kumpulan sukarelawan IM Volunteers Network SG yang mempunyai lebih kurang 320 ahli.



Beliau mengalu-alukan penubuhan MAB Muda dan berkata ia akan memberi laluan dan huraian kepada masalah-masalah belia yang kumpulannya hadapi.



"Ini selari dengan kerja sukarelawan kami yang telah mengenal pasti sebahagian daripada masalah itu dan sudah pun mengadakan sesi dialog dan bengkel untuk belia, dan selanjutnya kami teruja ingin bekerjasama dengan MAB Muda," katanya.



Laporan tambahan oleh RUBIAH MOHD




“MAB Muda merupakan satu wadah di mana masyarakat muda kita boleh menggembleng tenaga dan bersatu untuk mencipta bersama inisiatif-inisiatif dan mengajukan isu-isu yang penting atau genting bagi mereka... Bagi kami ini adalah satu titik permulaan yang penting sebagai sebuah masyarakat selepas keluar daripada pandemik ini dan akan menghadapi cabaran yang tidak menentu secara global di mana suara-suara muda, suara-suara masyarakat pemuda-pemudi kita bukan sahaja harus didengarkan tetapi inisiatif mereka harus dilaksanakan dalam masyarakat kita.”
– Pengerusi bersama MAB Muda, Encik Zhulkarnain Abdul Rahim, yang juga AP GRC Choa Chu Kang.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >