Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Alu-alu persatuan pekerja bebas, bekerja sendiri

Dec 12, 2020 | 05:30 AM



SEBAGAI seorang pekerja bebas, beliau mendapati sukar berunding dengan syarikat besar mahupun klien sekiranya terdapat masalah, contohnya dari segi pembayaran.



Ada syarikat dan pelanggan menangguhkan pembayaran dan malah tidak mahu bayar.



Itulah antara isu yang ingin diketengahkan Cik Azurah Jan Che Onn Azahar, 28 tahun, sebagai anggota Persatuan Profesional Visual, Audio, Kandungan Kreatif (Singapura) (VICPA) yang bakal dirasmikan.



"Adalah langkah baik untuk mempunyai sebuah persatuan yang anda boleh harapkan, seperti persatuan pekerja bebas. Sebagai pekerja bebas, anda selalu bekerja secara sendirian.



"Oleh itu sekiranya apa-apa berlaku, kita dapat bergantung pada diri sendiri sahaja.



"Dengan adanya persatuan ini, kami dapat merujuk kepadanya sekiranya ada syarikat 'membuli' kami dan untuk hal-hal besar," ujar pencipta kandungan audio itu.



Cik Azurah, yang sudah berkecimpung dalam industri ciptaan kandungan audio selama lima tahun, berkongsi bahawa sejak Covid-19 melanda beliau terjejas teruk, dan selama beberapa bulan pertama pendapatannya merosot separuh.



Meskipun akur bantuan pemerintah seperti Skim Pelepasan Pendapatan bagi Individu Bekerja Sendiri (SIRS) meringankan bebannya, Cik Azurah berkata adalah penting untuk mempunyai sebuah persatuan pekerja bebas yang dapat menyokong antara satu sama lain.



Cik Azurah menambah bahawa beliau akan menyokong mendapat perlindungan insurans bagi pekerja bebas sepertinya.



Semalam, Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) membentuk dua kumpulan bagi pekerja bebas dan yang bekerja sendiri (FSE) dalam bidang penghantaran serta sektor visual, audio, dan kandungan kreatif, untuk menangani keprihatinan serta isu yang dialami mereka.



Keutamaan VICPA ialah mewakili FSE dalam sektor visual, audio, dan kandungan kreatif, memberi sokongan dan sumber untuk mewujudkan ekosistem yang boleh melanjutkan kekaryawanan dan kepentingan mereka.



Ini akan membolehkan mereka kekal relevan dalam landskap yang berubah dan, paling penting, dilengkapi keperluan bagi memperluas peluang perniagaan mereka dan mempertingkat prospek pekerjaan mereka, kata NTUC dalam satu kenyataan.



Selain VICPA, Persatuan Pejuang Penghantaran Nasional (NDCA) juga bakal dirasmikan bagi FSE dalam sektor penghantaran.



NDCA ingin, antara lain, menangani isu keselamatan kerja dan perlindungan insurans cukup buat pekerja.



"Keadaan kecederaan dan kesakitan merupakan keprihatinan dalam bidang ini dan ramai perlu menanggung risiko ini sendiri.



"NDCA akan berusaha menyediakan ahli akses kepada perlindungan insurans dalam kejadian terdapat kehilangan pendapatan," kata NTUC lagi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >