SEORANG amah Indonesia semalam didakwa di mahkamah atas tuduhan membunuh seorang wanita dermawan, mendiang Nancy Gan Geok Wan.
Dewi Sukowati, 23 tahun, didakwa menyebabkan kematian majikannya yang berusia 69 tahun itu di banglo mendiang Gan yang terletak di Victoria Park Road di Bukit Timah, antara 7.30 dengan 8.46 pagi kelmarin.