Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:23

Amah dijel 4 bulan tercicir penutup alat sedutan ubat ke dalam mulut kanak-kanak

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Amah dijel 4 bulan tercicir penutup alat sedutan ubat ke dalam mulut kanak-kanak

Mar 23, 2017 | 12:07 PM

PEMBANTU rumah warga Indonesia yang mengaku salah berlaku kasar ke atas seorang budak lelaki yang terlantar dijatuhi hukuman penjara empat bulan pada Khamis (23 Mac).

Selama lapan minit pada 23 Nov tahun lepas, Kusrini Caslan Arja, 37 tahun, memasukkan tangan kanannya ke dalam mulut kanak-kanak berusia empat tahun itu untuk mengeluarkan penutup sedutan ubat yang termasuk ke mulut budak itu.

Dia tidak berhenti walau muka budak itu menjadi ungu dan tangannya berlumur darah dari mulutnya.

Pada 6 Mac, Timbalan Pendakwa Raya Teo Lu Ji menggesa hukuman penjara 18 bulan selepas Kusrini mengaku salah berkasar dengan kanak-kanak itu, dan berkata kanak-kanak itu sangat lemah dan tidak boleh mendapatkan bantuan.

Namun Hakim Mahkamah Daerah Low Wee Ping berkata gesaan hukuman itu "terlalu berlebihan". Beliau berkata bahawa tidak seperti amah asing yang sengaja menganiayai kanak-kanak kerana marah, Kusrini tidak bertujuan mencederakannya.

Hakim Low berkata dia bukan seorang jururawat terlatih, dan rakaman kamera CCTV berhampiran katil kanak-kanak itu menunjukkan bahawa pembantu rumah itu cuba mengeluarkan penutup sedutan itu. - ST

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3