Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

DARI MAHKAMAH

Amah dijel 6 bulan kerana curi wang, barang kemas majikan lebih $8,000

Mar 15, 2022 | 05:30 AM



SEORANG pembantu rumah yang dilayan dengan baik oleh majikannya menyalah guna kepercayaan beliau dan mencuri wang tunai dan barang berharga bernilai lebih $8,000 daripadanya.



Vina Qurotunaini, 27 tahun, kemudian menggadaikan sebahagian besar barang itu sebelum menggunakan duit yang diperolehi secara haram itu untuk membayar hutang, membelanja rakan-rakannya makan dan membeli barang kemas baru.



Dia juga menghantar sebahagian wang tunai itu ke Indonesia.



Vina dijatuhi hukuman penjara enam bulan semalam selepas dia mengaku bersalah bagi pertuduhan mencuri.



Seorang wanita Singapura berusia 40 tahun menggajikan Vina, dan pembantu rumah warga Indonesia itu mula bekerja di flat majikannya di Clementi pada Julai 2018.



Tugasnya termasuk melakukan kerja rumah dan menjaga anak majikannya.



Vina sedang membersihkan bilik tidur majikannya pada Oktober tahun lalu apabila dia ternampak sebatang kunci tertinggal di dalam lubang kunci laci.



Dia membuka laci itu dan melihat ia mengandungi wang tunai $2,000 serta beberapa barang kemas emas.



Vina kemudian mengambil keputusan mencurinya.



Pegawai Pendakwa Negara (SPO) Wilfred Dennis Philomin berkata: "Selepas mengambil barang curian itu, tertuduh mengunci laci tersebut dengan kunci itu dan menyembunyikan barang yang dicuri itu dalam timbunan pakaiannya yang disimpan di ruang servis rumah itu.



"Tertuduh kemudian menggadai kebanyakan barang kemas yang dicurinya."



Pada 22 Jan lalu, majikan tersebut menghubungi polis selepas menyedari barang kemasnya hilang.



Mahkamah diberitahu bahawa majikan tersebut juga mengesyaki Vina bertanggungjawab bagi kehilangan itu.



Dokumen mahkamah tidak menyatakan bagaimana pembantu rumah itu ditangkap tetapi dia didakwa di mahkamah akhir bulan itu.



SPO Philomin berkata: "Loket emas bernilai $180 ditemui pada tertuduh. Semua barang kemas lain yang dicuri digadai oleh tertuduh, dan kemudiannya ditemui semula di kedai pajak gadai masing-masing.



"Tiada wang tunai ditemui dan tiada bayaran balik dibuat oleh tertuduh hingga sekarang."



Bagi kesalahan mencuri, pesalah boleh dihukum penjara hingga tujuh tahun dan denda.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >