Amah lega tinggalkan 'rumah syaitan' majikan
Apr 20, 2016 | 05:30 AM
SEORANG amah Indonesia yang dikatakan didera berasa lega dihantar pulang oleh majikan.
Memberikan keterangan semalam, Cik Khanifah, 35 tahun, berkata bahawa beliau tidak mendapatkan bantuan di lapangan terbang kerana gembira dihantar pulang ke rumah setelah meninggalkan "rumah syaitan".