Subuh
5:36
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ambil pasport, IC percuma di pejabat pos

Sep 23, 2021 | 05:30 AM



RAKYAT Singapura tidak lagi perlu membayar ketika mereka mengambil pasport atau kad pengenalan (IC) di cawangan SingPost mulai 1 Oktober ini.



Dalam kenyataannya semalam, Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) berkata ia akan mengecualikan bayaran tambahan tersebut.



Mengulas inisiatif ini, Pengarah Pusat Perkhidmatan Rakyat ICA, Penolong Kanan Pesuruhjaya Dominic Chua berkata:



"Inisiatif ini untuk menggalak pengambilan IC dan pasport di pejabat pos merupakan sebahagian daripada rancangan transformasi ICA untuk menyediakan kemudahan yang lebih baik kepada pelanggan kami."



Orang ramai boleh memilih untuk mengambil dokumen mereka dari 27 pejabat pos terpilih di seluruh negara.



Buat masa ini, rakyat Singapura dan penduduk tetap perlu membayar SingPost antara $6 dengan $12 bagi khidmat tersebut.



Mereka termasuk individu yang sebelum ini tidak berjaya melakukan pengesahan biometrik dalam urus niaga bersama ICA masih perlu mengambil dokumen mereka di bangunan ICA.



Pemohon akan dimaklumkan tentang pilihan pengambilan sedia ada bagi mereka apabila dokumen itu siap untuk diambil menurut ICA.



Penduduk yang layak perlu membuat janji temu dalam talian menerusi laman portal e-Appointment ICA untuk mengambil dokumen di pejabat pos pilihan mereka.



Pada Mei lalu, ICA telah mengumumkan bahawa rakyat Singapura berusia 16 tahun dan ke atas yang menyerahkan permohonan pasport mulai 1 Oktober akan mempunyai tempoh sah yang dilanjutkan sehingga 10 tahun bagi pasport mereka. Ini berbanding tempoh lima tahun yang ditetapkan kini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >