Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ambil peluang nikmati harga durian lebih rendah

Jun 19, 2022 | 08:08 PM



HARGA durian yang sebelum ini diramalkan naik lebih tinggi berbanding tahun lalu kini nampaknya lebih murah daripada yang dijangkakan, disebabkan bekalan yang berlebihan dan persaingan sengit antara peniaga.





Beberapa peniaga durian yang ditemui Berita Harian berkata harga durian diturunkan antara $2 dengan $5 sekilogram bagi jenis durian yang menjadi kegemaran ramai seperti Musang King dan Red Prawn demi menarik pelanggan ke kedai mereka.





Seorang pekerja di kedai Ah Hung Durian di Sims Avenue, yang hanya ingin dikenali sebagai Encik Ah Soon, berkata harga durian telah dikurangkan kerana terdapat banyak bekalan.





“Ini yang membuat ramai peniaga durian mengurangkan harga mereka sekitar $2 hingga $5 sekilogram bagi durian terkenal seperti Musang King dan Red Prawn,” kata beliau.

Kedainya menjual durian Musang King pada harga $22 sekilogram. Sementara itu, durian Red Prawn pula dijual pada harga $18 sekilogram.





Antara warga Singapura yang merupakan ‘hantu durian’ ialah Cik Djulhijjah Ramle, 28 tahun.

Penganalisis kewangan itu berkata harga durian pada masa ini agak berpatutan dan sebagai penggemar durian, ini adalah masa yang baik untuk membeli dan menikmatinya. 

Baca laporan penuh di Berita Harian esok (20 Jun).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >