BLOGGER remaja Amos Yee telah mengemukakan rayuan terhadap sabitan kesalahan dan hukuman penjara empat minggu yang dikenakan ke atasnya kerana memuat naik imej lucah dalam talian dan membuat kenyataan menyinggung penganut agama Kristian.
Menurut dokumen mahkamah, peguamnya, Encik Alfred Dodwell, memfailkan notis rayuan di Mahkamah Tinggi pada 9 Julai, sebelum tarikh akhir bagi membuat rayuan, iaitu pada 20 Julai.