Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Amrin: Idea belia perlu untuk bantu bina masyarakat

Sep 24, 2018 | 05:30 AM



BADAN Melayu/Islam harus mengalu-alukan penglibatan belia serta membimbing mereka untuk memastikan kesinambungan usaha dan bakat dalam pertubuhan masing-masing, kata Setiausaha Parlimen Kanan (Ehwal Dalam Negeri merangkap Kesihatan), Encik Amrin Amin.



"Kita harus menerima mereka dengan (tangan) terbuka dan membimbing mereka.



"Badan Melayu/Islam banyak menabur bakti kepada masyarakat kita. Mereka perlu anak muda untuk memberi idea," ujar Encik Amrin kepada media semalam.



Beliau berkata demikian di sesi 'hackathon' melibatkan seramai 50 belia yang memerah otak selama 30 jam untuk mencari huraian kepada cabaran yang dihadapi masyarakat Melayu/Islam.



Sesi itu merupakan sebahagian program Inkubator Kepimpinan 2018 (LI 2018) anjuran Kelab Mendaki (MClub), yang bertujuan menggalak karyawan muda dan pelajar pengajian tinggi agar menyumbang secara aktif kepada masyarakat.



Antara lain, peserta telah mencetuskan idea untuk memupuk kesedaran tentang kesihatan mental, menggalak belia berfikir secara kritikal, dan meningkatkan kefahaman antara agama.



Tahun ini, buat julung kalinya, MClub melibatkan rakan kerja seperti Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), Kelab Heal, Persatuan Ulama dan Guru-Guru Agama Islam Singapura (Pergas), Roses of Peace, Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS), Forum Belia Muslim (MYF), The Codette Project dan LaunchGood.



Ketua Projek LI, Syed Arafat Hussain, berkata pertubuhan itu memainkan peranan untuk mengemukakan isu dan cabaran dunia nyata kepada belia untuk memikirkan huraiannya.



"Ini bermakna peserta boleh memikirkan cabaran yang nyata, dan kemudian bekerjasama dengan pertubuhan itu untuk melaksanakan idea mereka selepas ini," ujar Syed Arafat, yang juga anggota jawatankuasa eksekutif MClub.



Peserta telah mula membincangkan idea mereka dalam sesi yang bermula pagi kelmarin di ACC EduHub berdekatan Orchard Road, dengan ada peserta yang bertungkus-lumus sepanjang malam di tempat itu, dan meneruskan perbincangan itu sehingga petang semalam.



Di akhir sesi itu, mereka telah menyampaikan idea mereka kepada sebuah panel pengadil semalam.



Program LI itu berlangsung sepanjang dua bulan.



Di bawah program itu, peserta itu juga telah berpeluang menyertai enam bengkel sebelum ini untuk mendedahkan mereka kepada isu yang dihadapi masyarakat dan menyediakan wadah bagi mereka menimbulkan soalan dan mencetuskan idea.



Bengkel tersebut mengupas topik seperti cabaran masa depan, sejarah dan jati diri orang Melayu di Singapura, serta pemikiran reka bentuk (design thinking).



Seorang peserta LI tahun ini ialah Cik Fauzia Rani Syed Mohamad, 30 tahun, yang meraih banyak pengajaran daripada program tersebut sepanjang dua bulan.



"Saya sedar masalah yang dihadapi masyarakat bukanlah sesuatu yang boleh ditangani dalam satu hari sahaja, bahkan ia merupakan satu proses langkah demi langkah," ujar Cik Fauziah, seorang usahawan.



Encik Amrin menggalak belia untuk melaksanakan idea mereka.



"Idea itu harus membawa kepada sesuatu yang nyata untuk memberi manfaat kepada masyarakat kita.



"Inilah fasa bagi belia untuk melibatkan diri menjadi sebahagian daripada huraiannya, dan mengambil tindakan," ujar beliau.



Tiga kumpulan terbaik masing-masing memenangi hadiah wang tunai sebanyak $5,000, $3,000 dan $1,500 dalam pertandingan itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >