ANGGOTA Parlimen (AP) GRC Sembawang, Encik Amrin Amin, dan pasukannya mengendali lebih 100 kes dalam Sesi Bertemu Penduduk (MPS) pertamanya di Blk 852 Woodlands Street 83 Isnin lalu.
"Ada yang datang MPS bukan hanya untuk mendapatkan bantuan seperti kewangan, perumahan, pekerjaan, perundangan tetapi ada juga yang datang untuk bertanya khabar dan mengucapkan tahniah," ujar Encik Amrin.