Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Anak dipenjara 3 minggu atas kesalahan serang bapa berusia kerana guna tandas rumah

Dec 28, 2021 | 05:03 PM



BAPANYA yang berusia 75 tahun diserangnya kerana warga emas itu menggunakan tandas di rumah mereka.



Kerana kesalahan itu, Mohammed Ariffin Tajuddin, 42 tahun, dihukum penjara tiga minggu di atas kesalahan yang dilakukan pada 10 November lalu.



Warga Singapura itu mengaku bersalah pada Selasa (28 Disember) di atas satu kesalahan sengaja menyebabkan kecederaan kepada individu yang lemah.



Si bapa, Encik Tajuddin Ibrahim, telah mengambil perintah perlindungan ke atas Ariffin pada Januari tahun ini.



Satu tuduhan yang melanggar perintah ini telah dipertimbangkan sewaktu hukuman dijatuhkan.



Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Kenny Yang memberitahu mahkamah bahawa Ariffin bersama bapanya berada di bilik tidur utama apabila dia mula bingit kerana bapanya telah menggunakan tandas rumah mereka.



DPP Yang menambah: "Si tertuduh kemudian menggunakan tangan kanannya untuk menampar muka mangsa beberapa kali dan juga menggunakan tuala di atas katil untuk memukul muka mangsa."



Serangan itu membuatkan Encik Tajuddin terasa sakit pada hidung dan matanya.



Lima hari selepas itu, anak perempuan Encik Tajuddin mendapati lebam pada muka bapanya apabila beliau datang berkunjung.



Anak perempuan beliau bertanya kepada Ariffin yang mengaku menyerang bapanya. Laporan polis kemudian dibuat pada hari yang sama.



Ariffin yang tidak diwakili muncul di mahkamah menerusi pautan video dan tidak berkata apa-apa dalam rayuannya.



Hukumannya yang dijatuhkan berkuatkuasa pada 17 November.



Dalam menjatuhkan hukumannya, Hakim Daerah Kessler Soh memberitahu Ariffin agar memastikan beliau tidak memukul bapanya lagi.



Ariffin dijadualkan berkunjung ke Institut Kesihatan Mental setelah dibebaskan.



Bagi setiap kesalahan sengaja mencederakan, pesalah boleh dipenjara selama tiga tahun, didenda $5,000 atau kedua-duanya sekali. Hukuman maksimum akan digandakan bagi jenayah terhadap mangsa yang lemah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >