Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Anak teladan raih kelas pertama sains biologi NTU

Pernah tidur di hospital, tidak hadir kuliah untuk jaga ayah sakit tetapi tidak bazir masa siapkan tugasan
Aug 15, 2017 | 05:30 AM



BERMALAM di hospital - pada minggu peperiksaan universiti - bagi menemankan ayah yang terlantar akibat barah, ponteng kelas apabila ayah bertambah tenat dan akhirnya kehilangan beliau.



Itulah antara ranjau yang terpaksa ditempuhi seorang pelajar sains biologi Universiti Teknologi Nanyang (NTU), Cik Maharah Abdul Mahid.



Namun, jauh daripada melemahkan, pengalaman itu menguatkannya semangatnya hingga beliau lulus dengan cemerlang - kepujian kelas pertama.



Kini, Cik Maharah, 23 tahun, sedang mengikuti pengajian possiswazahnya dalam bidang perubatan.



Sewaktu beliau berusia dua bulan, ayahnya, Allahyarham Abdul Mahid Mohd Sidek, diserang barah hidung dan diberitahu beliau mempunyai tempoh hayat hanya enam bulan.



Namun, ayahnya kuat melawan penyakitnya itu dan meninggal dunia semasa Cik Maharah berusia 21 tahun.



Cik Maharah berkata penyakit ayahnya mendorong beliau menceburi bidang perubatan. Allahyarham semakin tenat semasa beliau menuntut di Politeknik Republic dalam jurusan sains bioperubatan.



"Melihat keadaan bapa yang semakin tenat membakar semangat saya untuk belajar bersungguh- sungguh," ujarnya.



Hasilnya, Cik Maharah lulus dengan cemerlang dan berjaya memasuki NTU. Malah, beliau langsung ke tahun kedua pengajian disebabkan keputusannya yang cemerlang.



Menurut anak bongsu daripada dua adik-beradik itu, semasa di NTU, beliau sering bermalam di hospital, termasuk semasa peperiksaan, untuk menghabiskan masa bersama ayahnya. Beliau juga terpaksa ponteng kelas apabila keadaan ayahnya bertambah tenat.



"Mujur saya ada ramai rakan yang membantu apabila saya terlepas kelas penting," katanya.



Cik Maharah berkata pencapaiannya lulus dengan kelas pertama adalah di luar dugaan. Beliau bersyukur dapat membahagiakan dan membanggakan ibunya, Cik Nooria Abdul Hameed, 56 tahun.



"Ibu saya sering memberi saya dorongan melakukan yang terbaik buat diri saya sendiri dan meluangkan masa membantu orang lain," katanya.



Hasil dorongan ibunya itulah Cik Maharah memulakan usaha membantu golongan memerlukan pada 2013 semasa menuntut di politeknik.



Sejak itu, pasangan ibu dan anak itu telah melaksana sembilan projek kemasyarakatan, termasuk bekerjasama dengan Persatuan Ain dan projek iftar bersama mereka yang berpenyakit dan keluarga mereka.



"Ibulah inspirasi saya. Apabila saya sibuk dengan kerja sekolah, ibu akan membantu mengurus usaha kumpulan kami," kata Cik Maharah, yang bercita-cita mendaftarkan kumpulannya itu dan menamakannya Mambaus Saadah, yang bermakna, 'Sumber Harapan'.



Berkongsi rahsia kejayaannya, Cik Maharah, yang juga penerima Augerah Cendekiawan Koh Boon Hwee di NTU, berkata disiplin diri sesuatu yang penting dan beliau sentiasa menyiapkan jadual bagi tugasan yang harus diselesaikan.



"Tiada istilah membazir waktu bagi saya. Contohnya apabila saya diberi tugasan berat di sekolah dan saya ada tiga bulan untuk melakukannya, saya akan pastikan saya mula melakukan tugasan itu awal.



"Setiap hari saya akan menumpukan perhatian sekurang-kurangnya satu jam bagi tugasan tersebut," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >