Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Anak 'tidak fikir panjang' derma ginjal kepada ibu

May 08, 2022 | 05:30 AM



SEBELUM menerima ginjal yang didermakan, hidup ibu Encik Mohamed Helmy Mohamed Jalal amat mencabar.



Ibunya, Cik Lita Mohamed Said, 63 tahun, mengalami kegagalan pada kedua-dua ginjal, menyebabkannya perlu menjalani dialisis - tiga kali seminggu, empat jam bagi setiap sesi.



"Ibu banyak berkorban semasa kami adik beradik masih kecil, sehingga beliau lupakan kesihatan dan kebajikannya sendiri.



"Beliau pernah bekerja di restoran makanan segera selain di sebuah kilang.



"Ini semata-mata untuk menampung perbelanjaan keluarga yang kian bertambah ketika itu," jelas anak bongsu tiga beradik berusia 29 tahun itu lagi.



Justeru apabila diberi peluang menyelamatkan ibunya, Encik Mohamed Helmy tidak berfikir panjang.



Beliau dipilih menjadi penderma ginjal itu selepas menjalani beberapa ujian dan didapati paling sesuai untuk berbuat demikian, berbanding dua kakaknya.



Apabila diberitahu pihak hospital bahawa beliau merupakan calon yang paling sesuai untuk menderma ginjal pada Cik Lita, Helmy pada ketika itu terus bersetuju mahu menjalani prosedur tersebut.



"Ibu dah banyak berkorban, sehingga dia lupakan kesihatan dia, untuk kita tiga beradik dapat apa yang kita dapat sekarang, pengorbanan saya ini adalah yang paling sedikit yang boleh saya lakukan, saya tak nak mak saya siksa dan sakit di usia senja beliau" kata Cik Helmy bila ditanya Berita Minggu.



Cik Lita baru sahaja berusia 35 tahun apabila disahkan menghidap kencing manis semasa anak bongsunya itu masih dalam kandungannya.



Akibat daripada kencing manisnya itu, beliau menghidap kegagalan ginjal.



Selain itu, Cik Lita yang kini tidak lagi bekerja turut mengalami penyakit kronik lain termasuk penyakit jantung serta tekanan darah tinggi.



Semasa ditemuramah wartawan baru-baru ini, Cik Lita menceritakan yang beliau pernah berputus asa kerana terpaksa menjalani dialisis.



"Bila cik diberitahu yang ginjal cik dah tak boleh berfungsi, rasa macam putus asa, seolah macam tak berguna lagi, kadang-kadang rasa nak mati bila badan ni sakit sangat" keluh Cik Lita.



Menceritakan tentang ujian yang dijalaninya sebelum pemindahan ginjal dilakukan, Encik Mohamed Helmy berkata disebabkan pandemik Covid-19, masa yang diambil untuk dapatkan hasil ujiannya agak tertangguh.



Selepas lebih setahun menunggu sejak 2019, harapan mereka dikabulkan.



Pasangan ibu dan anak itu menjalani pemindahan ginjal yang telah dirancang itu pada September 2020.



Selepas menjalani prosedur tersebut, kehidupan kedua-dua mereka berubah.



Jika dahulu Encik Mohamed Helmy seorang yang aktif, kini beliau terpaksa melupakan hasrat untuk melakukan beberapa aksi mendebarkan dan lasak - kerana kini beliau hanya bergantung kepada satu ginjal.



Si ibu pula perlu lebih berhati-hati semasa makan, bermakna beliau perlu makan sajian yang dimasak dengan sendiri dengan segera.



Tidak cukup dengan memindahkan ginjalnya, Encik Mohamed Helmy menaja pula hasrat si ibu untuk menunaikan Umrah awal tahun ini.



"Selagi hayat di kandung badan, selagi itu saya berkorban untuk ibu. Bagi saya, memindahkan ginjal dan menaja Umrah, adalah hadiah istimewa buat ibu tersayang," katanya sambil tersenyum melihat wajah ibunya itu.



Laporan lanjut: Kasih ibu tidak bernoktah...




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >